
Gerai Roti Canai Tular Kini Dibenarkan Semula Beroperasi Setelah Diarahkan Tutup
Gerai roti canai popular yang sebelum ini tular kerana diarahkan tutup disebabkan faktor kebersihan akhirnya kini kembali dibuka.
Gerai berusia hampir 90 tahun yang terletak di Jalan Transfer, George Town, Pulau Pinang tersebut dilaporkan telah dibenarkan untuk kembali beroperasi bermula 10 Januari 2023 selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilaksanakan.
Sebelum ini, gerai yang sering menjadi tumpuan ramai tersebut telah diarahkan tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut.
Tindakan dibuat susulan rakaman video yang tular mengenai pengendalian kebersihan di gerai roti canai tersebut yang meresahkan orang ramai.
Pemiliknya, Shah Jahan Abd Hamid berkata, barisan pekerjanya juga telah ditukar bagi memastikan aspek kebersihan yang kini menjadi keutamaan gerai tersebut.
“Saya minta maaf kepada pelanggan dan pelancong yang datang ke kedai ini. Setelah diarahkan tutup, kami terus bersihkan kedai.
“Sebelum hendak dibuka semula, pejabat kesihatan datang dulu tengok…sudah bersih baru dibenarkan buka semula,” jelasnya ketika ditemui pemberita.
BACA: Berita Gembira! ‘Menu Bajet’ Bakal Diperkenalkan Di Lebih 10,000 Restoran Mamak
Sumber: Berita RTM, Bernama Radio
Trending now



