Foto Izzuddin Yussof

Genting Skyworlds: Berbaloi Ke Kalau Nak Pergi Buat Masa Ini?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mesti ramai yang dah lama tak bercuti jalan-jalan makan angin bersama keluarga disebabkan perintah kawalan pergerakan dan larangan merentas negeri sebelum ini.

Walaupun sekatan kini telah dilonggarkan, orang ramai harus sentiasa cakna dan berwaspada terutama sekali ketika berada di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Untuk keselamatan bersama, orang ramai juga sentiasa diingatkan untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan diri serta keluarga telah lengkap divaksin.

Cuti sekolah kali ini, mereka yang sudah lengkap divaksin dan tak sabar-sabar nak berjalan tu, bolehlah cuba untuk menjejakkan kaki ke Genting SkyWorlds.

Taman tema yang berada pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut tersebut baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada 8 Februari 2022 yang lalu.

Khabarnya, masih banyak lagi tarikan yang belum dibuka. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Universal Studio Singapore, mana lagi best?

Restoran di situ ada makanan apa? Tandasnya ada sediakan paip air tak? Kenapa thumbprint pengunjung pun diambil sekali? Berbaloi ke untuk pergi sekarang ni?

Kalau nak tahu, jom ikuti perkongsian yang dibuat oleh Izzuddin Yussof di Facebooknya berikut.

Tangkap layar dari Facebook Izzuddin Yussof
– Tangkap layar dari Facebook Izzuddin Yussof

Genting Skyworlds Review:

7.2/10

(as a comparison, Universal Studio Japan 10/10, Universal Studio Singapore 9/10, dan Disneysea 8.5/10)

Overall, rasanya sejak penutupan MAPS di Ipoh, ni menjadi satu-satunya theme park yang berasaskan movie/animation dekat Malaysia ni. Tapi ada satu benda yang aku sangat suspicious dan jadi cautious. Nak tau benda apa sila baca sampai habis haha.

Genting punya theme park ni plan asalnya berasaskan Fox Studios, jadi dia ada bahagian-bahagian Ice Age, Rio, tu je kot. Setahu aku masa awal plan ni dibuat, Fox Studios masih belum dibeli oleh Disney. Tapi lepas Disney takeover, Disney tak nak associated dengan Genting sebab Genting kan syarikat judi, dia orang pula family oriented policy, tapi lepas kes saman menyaman yang libatkan billion dollar value, akhirnya dia orang capai persetujuan. Dan inilah hasilnya.

Nama dah tidak lagi dinamakan ‘Fox World Park’ dan hanya sebahagian daripada theme park ni yang bertemakan Fox, selebihnya Genting buat style dia orang sendiri.

Kita orang pergi ni soft opening dia, jadi tak semua rides buka lagi. Roller coaster yang panjang tak buka lagi gak.

Overall, aku boleh katakan yang ride experience kat sini bawah sikiiit daripada Universal Studio Singapore (USS).

– Kalau USS ada ride 4D Transformers, sini ada ride Independence Day: Defiance. Kita macam pilot yang selamatkan KL modern daripada diserang alien. It was good. 9/10. Kurang 1 markah sebab kalau ianya bertemakan movie, kita suka akan jauh, lagi enjoyable.

– Terraform Tower. Siapa yang dulu pernah pergi Genting Theme Park yang lama mesti ingat satu ride nama Solero haha. My fav during those times. Terraform Tower ni macam a slightly upgraded version of that. So yea. Still enjoyable. 10/10

– Alpha Fighter Pilots. Anak buah aku ramai yang sangat suka ride ni haha. Ada sorang tu bangga sebab dia ada tengok video ride ni kat socmed dan dia memang tak nak naik. Aku paksa dia orang naik. And they ended up liking it. And proud of themselves 🤣. 8/10. Aku ada rasa sikit takut sebab rasa insecure sikit haha.

– Night at the Museum. Main tembak-tembak ada score, lawan dengan orang sebelah. Kat USS ada gak benda ni rasanya, lupa dah yang tu bertemakan apa. 7/10

– Samba Gliders. Naik roller coaster 4 orang. Chill je. Tak scary pun. 6.5/10

– Epic voyage. Naik ride redah air. Boleh jadi basah kuyup kalau nasib malang lol. 6.5/10

Tu je kot yang noteworthy, nak tulis semua ride panjang sangat pulak nanti.

Dari segi show yang dibuat, role play… Emmmm honestly terasa aura amateur 😅. Yang role play speaking dalam English tu….. sesetengah tu English dia tak clear sangat. Agak yakin kalau mat saleh dengar dia orang tak faham.

Lepas tu ada tarian dan nyanyian untuk Ice Age, Sid’s Playhouse Ice Age (1/10)… Honestly rasa macam low-cost play 😅. Walaupun target untuk budak, tapi rasanya dia orang boleh perfectkan lagi choreography movement tarian dia orang. As it is rasa macam sangat tak menarik. Aku rasa bazir sungguh bazir masa masuk dalam tu huhu. Boleh compare kot dengan show dekat USS/USJ/Disneysea/land. Jauh bezanya.

Satu lagi abang aku tak puas hati dengan had tinggi dia. Samba Gliders yang macam mini roller coaster tu kena 95cm ke atas. Sedangkan Carousel yang naik ride pusing-pusing tu kena 105cm. Yang Samba tu, staff kata memang boleh, tapi tak digalakkan. Yang Carousel tu, tak boleh sebab memang polisi. Amende wey. Jadi, kalau korang nak bawa budak bawah 100cm ke sini, jangan, tak berbaloi langsung. Which defeats the purpose untuk ada show macam Sid’s Playhouse tu. Siapa nak spend RM120 untuk cuma boleh naik 2 ride 🤦

Toilet dalam theme park dia bagus, ada paip haha (luar theme park tak ada). Restoran pula banyak dekat bahagian Night at the Museum. Sangat digalakkan ambil brochure dia untuk tahu setiap restoran jual makanan apa. Sebab nama fancy sangat tak boleh nak identify. Ah ye korang pun boleh keluar theme park untuk makan kat kedai luar theme park tu dan masuk balik dengan mudah.

Lastly…. Data.

Yeap. Data. Aku sampai sekarang cautious bab ni.

Okey, satu benda yang unik pasal Genting Skyworlds ni, dia ada Virtual Queue (VQ) . Sistem queue untuk boleh potong line ni memang ada di banyak theme park satu dunia, dan setiap theme park ada method yang berbeza.

Untuk Genting ni, dia orang buat sistem VQ, bahasa mudahnya kita dah buat booking dari awal nak naik ride tu pada pukul berapa. VQ ni dibuat melalui app dia orang.

Dalam app dia orang tu juga, kita boleh ambil gambar dekat professional photographer dalam theme park ni, dan gambar tu akan terus muncul dalam app kita. Syaratnya, kita ada selfie dan upload muka kita dengan app tu.

Kat situ dia dah dapat rekod muka kita. Powernya sistem face detection dia orang, lepas ambil gambar dengan professional photographer tu, kita boleh blah je, gambar tu akan secara automatik muncul dalam app kita.

Yang lebih pelik, masa nak masuk theme park tu, kita akan perlu letakkan thumbprint dekat pagar gate dia.

Thumbprint tu tak digunakan LANGSUNG di mana-mana dan langsung tak ada keperluan untuk gate dia orang ada thumbprint tu.

Jadi, apa sebenarnya tujuan thumbprint tu? Data thumbprint tu digunakan untuk apa?

Jadi, sekarang ni dia dah ada rekod nombor phone. Gambar. Dan thumbprint orang yang datang? Kalau ada siapa yang kurang bijak tu, app tu pun silap haribulan dia gunakan password e-mel dia haha.

Begitu banyak sistem security yang gunakan face detection dengan thumbprint sekarang ni, daripada phone kepada pintu rumah sekalipun. How can we guarantee that the data stored will be safe??

Itu jelah. Sekian.

Aku pergi masa tak ramai orang. Just nice je nak cover hampir semua ride yang dah buka. Kita orang terlepas boot camp je sebab tak expect petang tu dah penuh takleh masuk dah.. Jadi kalau korang risau berbaloi ke pergi sebab masih ada ride belum buka, okey je. Itupun dah penuh dah masa. Nanti kalau dah buka ride yang lain lagi, next time pergi boleh fokus yang tu sahaja pula.

Cuma itulah. Aku sikit concern dengan penggunaan data customer kat situ. Muka tu aku okey lagi. Thumbprint tu aku tak okey.

Edit: Logik gak thumbprint tu membenarkan kita untuk keluar masuk theme park tu dengan mudah. Supaya kita tak boleh pass QR Code tu dekat orang lain 🤔

BACA: Tak Boleh Jerit Naik Roller Coaster, Jaga Jarak Antara Normal Baharu Di Taman Tema Pasca COVID-19

Sumber: Izzuddin Yussof