Genting Jual Equanimity

Genting Jual Semula Kapal Mewah Kontroversi Equanimity

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

April lalu, kapal persiaran mewah Equnimity yang dikaitkan dengan skandal 1MDB kepada syarikat tujuan khas (SPV), Genting Malaysia Bhd pada harga AS$126 juta (RM514 juta).

Terkini, ia dilaporkan bakal dijual semula oleh pemiliknya sekarang pada harga yang lebih tinggi menurut senarai yang dikeluarkan oleh broker kapal layar berkenaan, Camper & Nicholsons.

Kapal layar Equanimity, yang kini dikenali sebagai Tranquility itu adalah antara aset yang didakwa dibeli oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan sekutunya menggunakan wang milik 1MDB.

Memetik laporan The Business Insider, harga yang diminta untuk kapal itu ialah AS$200 juta (RM836.65). Ini adalah AS$74 juta lebih tinggi daripada AS$126 juta yang dibayar Genting untuk membeli kapal mewah itu daripada Putrajaya.

Genting Jual Equanimity
Sumber: Robbreport

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan oleh Camper & Nicholsons, kapal layar sepanjang 91.44 meter itu, menawarkan hiasan dalaman daripada marmar, kolam renang berukuran 20 meter persegi dan landasan untuk helikopter.

Sejak dibeli oleh Genting, kapal persiaran mewah itu telah disewa, termasuk oleh selebriti Kylie Jenner yang merayakan ulang tahun hari lahirnya di atas kapal itu.

Mereka yang berminat boleh menyewa Tranquility pada harga AS$1.43 juta (RM5.98 juta) seminggu.

Sumber: Berita Harian