Genius Pada Usia Tiga Tahun, Kanak-Kanak Malaysia Ini Dilamar Jadi Ahli Mensa UK

Kanak-Kanak Genius Malaysia Jadi Ahli Mensa UK
Sumber: Metro UK

Mencari pelajar pintar atau genius bukan perkara mudah. Kajian Barat menunjukkan sekurang-kurangnya ada seorang kanak-kanak berbakat dan pintar bagi setiap 10,000 kanak-kanak.

Di negara ini, dengan kira-kira 3.5 juta kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 15 tahun, secara teorinya dianggarkan ada kira-kira 350,000 kanak-kanak berbakat dan pintar di negara ini.

Terbaru, menjadi perhatian media apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Malaysia kini menjadi anggota termuda dalam persatuan IQ tinggi iaitu Mensa UK.

Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, yang menetap di United Kingdom bersama kedua orang tuanya diterima masuk ke Mensa UK setelah mendapat markah 142 dalam ujian Stanford Binet, penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ.

Kanak-Kanak Genius Malaysia Jadi Ahli Mensa UK
Sumber: Metro UK

Menurut laporan Metro UK, nilai tersebut meletakkannya dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk.

Ibu bapanya, Nur Anira Asyikin dan Mohd Hilmy Naim, kedua-duanya mempunyai latar belakang kejuruteraan tidak pernah menyangka anak mereka sebijak itu. Mereka mula mengesan kelebihan Haryz ketiga kanak-kanak itu boleh membaca buku-buku ceritanya sebelum tidur seawal 2 tahun.

Mereka turut dimaklumkan oleh guru tadika bahawa Haryz lebih cepat belajar berbanding kanak-kanak lain dan bercadang untuk meletakkan kanak-kanak itu di kelas lebih berumur ketika sesi pembelajaran bahasa Inggeris.

“Dari situ kami rasa dia berkebolehan dan kami menghantar e-mel kepada seorang psikologi kanak-kanak pintar di Britain iaitu Lyn Kendall untuk dinilai,” kata ibunya.

Beliau dan suami, yang masing-masing berasal dari Johor dan Terengganu mula menetap di UK sejak 2015.

Kanak-Kanak Genius Malaysia Jadi Ahli Mensa UK
Sumber: Metro UK

Pastinya keluarga mereka sangat gembira dengan perkhabaran ini dan berharap menjadi langkah pertama dalam perjalannya ke arah mencapai kejayaan lain yang luar biasa.

Mensa mengesahkan bahawa Haryz menjadi ahli termuda dalam kumpulannya sebaik sahaja semua dokumen keahliannya diproses – paling muda ialah Adam Kirby berumur 2 tahun 4 bulan dengan skor 141.

Sumber: Sinar Harian, Metro UK