Geng Plastik Hitam Kembali Lagi Dalam ’18 Puasa’ 2

Geng Plastik Hitam Kembali Lagi Dalam ’18 Puasa’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Geng plastik hitam kembali!

Biarpun sudah hampir 17 tahun filem 15 Puasa (2004) ditayangkan, filem arahan Mamat Khalid dengan tema bulan Ramadan pada tahun 1971 tetap menjadi tontonan wajib setiap kali tibanya bulan puasa.

BACA: Raya Dalam PKP Lagi, Ini Senarai Rancangan TV, Astro Dan Netflix Menarik Sempena Syawal 2021

Pada awalnya, filem ini tidaklah mendapat sambutan meluas. Namun selepas 13 tahun kemudian, pada tahun 2017 sekuel filem ini ditayangkan dengan tajuk 16 Puasa diikuti dengan filem 17 Puasa pada tahun 2019.

Geng Plastik Hitam Kembali Lagi Dalam ’18 Puasa’ 1

Rata-rata pelakon yang membintangi filem ini adalah pelakon yang pernah membintangi filem-filem Mamat Khalid seperti Zombie Kampung Pisang dan Man Laksa antaranya Bell Ngasri dan Aziz M. Osman.

Membawa genre komedi, Geng Plastik Hitam menjadi tunjang kepada cerita ini.

https://www.instagram.com/p/CLsvseSHMKA/

Bakal kembali pada tahun ini dengan sekuel keempatnya, 18 Puasa 15 April ini, apa kata anda tonton dahulu trailernya di pautan bawah:

Selain daripada berfungsi sebagai hiburan, filem atau drama dengan tema Ramadan ini banyak memberikan pengajaran dalam bentuk yang santai.

Sempena bulan Ramadan ini, ada beberapa filem atau drama Melayu yang boleh anda tonton semula arahan Budak Ijat atau nama sebenarnya Shahrulezad Mohameddin yang terkenal dengan karya-karyanya yang memikat penonton.

BACA: 7 Drama Melayu Arahan Budak Ijat Yang Menarik Untuk Ditonton Semula Sepanjang Ramadan