Geng Kongsi Gelap Rekrut Pelajar, Ritual Angkat Sumpah Berdarah

Geng Kongsi Gelap Buruan Polis Ini Rekrut Pelajar, Jalani Ritual Angkat Sumpah Berdarah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Geng Kongsi Gelap Rekrut Pelajar, Jalani Ritual Angkat Sumpah Berdarah.

Isu penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan kongsi gelap sudah lama dibincangkan. Golongan ini banyak didorong oleh perasaan mahu dipandang tinggi serta digeruni oleh rakan sebaya.

Polis mengesan sebuah kumpulan kongsi gelap yang dinamakan Geng 24 Bukit Raja sedang aktif merekrut ahli baharu termasuk pelajar sekolah dengan menjanjikan pelbagai penawaran.

Hasil soal siasat susulan penahanan 50 ahli geng terbabit yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Setia Alam mendapati jumlah ahli kumpulan tersebut hampir mencecah 100 orang dan lebih membimbangkan, 10 peratus daripadanya merupakan pelajar sekolah.

Geng Kongsi Gelap Rekrut Pelajar, Ritual Angkat Sumpah Berdarah
Sumber: Sinar Harian

Antara faktor ramai golongan muda menyertai kumpulan kongsi gelap itu kerana dijanjikan penawaran perlindungan, kuasa, pengaruh dan kewangan kepada ahli.

“Kumpulan ini mendapat sumber kewangan dengan lakukan pemerasan, jaga kawasan, jaga premis hiburan, rumah urut dan perjudian. Kalau tidak ikut cara mereka, kumpulan ini akan buat kacau.

“Polis juga mendapati kumpulan ini terancang, teratur dan berorganisasi di mana mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan.”katanya.

Juga dilaporkan, mereka yang baharu menyertai kumpulan itu wajib menjalani ritual angkat sumpah khas iaitu angkat sumpah berdarah unruk menunjukkan taat setia, patuh dan hormat kepada ketua.

Perbuatan itu dijelaskan sebagai kesalahan di bawah Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 dan individu yang terlibat dalam mana-mana pertubuhan haram akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan turut diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sumber: Sinar Harian