Guru Jadikan Kanak-Kanak Konten TikTok

‘Generasi Apa Yang Kau Bangunkan Ni?’ – Netizen Selar Tindakan Guru Tadika Jadikan Murid Konten TikTok

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menjadi satu norma baharu di dalam kehidupan masyarakat kini, apabila sesuatu perkara mula trend, ramai turut ingin mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.

Aplikasi TikTok merupakan sebuah platform yang semakin trending sehingga kini dan diguna pakai dengan lebih meluas tidak kira generasi. Aplikasi ini juga menjadi tarikan terciptanya pelbagai cabaran atau ‘challenge’ dengan latar belakang muzik.

Tular di media sosial sebuah video trend sarung cincin yang dilakonkan oleh kanak-kanak di sebuah tadika.

Kandungan TikTok itu difahamkan sedang mengikuti trend ‘Married Me Challenge’ yang mana seseorang menyarungkan cincin kemudian si penerima tersipu-sipu malu sambil menggoyangkan badan.

Trend tersebut pada awalnya diikuti oleh golongan artis, masyarakat atau orang yang lebih dewasa namun dipandang jelik apabila dilakukan oleh kanak-kanak ketika sesi persekolahan.

Lebih mengeruhkan, apabila video berkenaan dipercayai dirakam oleh guru mereka membuatkan orang ramai berasa marah.

Netizen menyatakan perkara seperti itu tidak sepatutnya ditonjolkan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak seolah dipergunakan untuk menarik lebih tontonan seterusnya dapat menjana pendapatan melalui tayangan video tersebut.

Guru Jadikan Kanak-Kanak Konten TikTok

Mengulas tentang isu ini, seorang penceramah pendidikan seksualiti kanak-kanak dan remaja, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berpendapat bahawa perlakuan sebegini perlu dibendung.

Katanya, pendidikan kanak-kanak seharusnya diajar tentang sentuhan selamat dan tidak selamat, tetapi beliau mempersoalkan mengapa video tersebut diajar bersentuhan begitu. Baginya perbuatan seperti ini tidak beretika dan melampau.

Bila saya tengok je terus rasa, Ya Allah, apa benda ni?! Cikgunya tak ada kerja lain ke? Demi secebis konten, sanggup gunakan budak-budak untuk ikut trend video Tiktok?

Ada ke disuruh budak lelaki sarungkan cincin pada jari budak perempuan. Elok disarung, terus budak tu joget-joget sambil tutup muka. Kau ingat benda ni kelakar ke? Nampak sweet bila budak kecil yang buat?

Musibah betul!

Elok-elok budak diajar pasal sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat, kau pula ajar mereka bersentuh-sentuhan begini!

Nak normalisasikan budaya couple pada budak-budak sekecil ini ke? Nak bagi mereka seronok kejar benda viral? Generasi apa yang kau nak bangunkan ni?

Saya tak pastilah apa reaksi ibu bapa kepada anak-anak ini saat menonton video berkenaan. Namun bagi saya perbuatan seperti ni tidak beretika dan melampau!

Ni kalau tak dibendung, tak tahulah video jenis apa lagi boleh muncul!

Update : ada yang bagi tahu, individu yang merakam video mendakwa kedua murid berkenaan sepupu. Tapi persoalannya adalah kau ajar apa sebenarnya ni? Patutnya kau didik anak-anak ini membezakan apa yang baik apa yang buruk, membezakan dosa dan pahala serta jangan main ikut je trend yang tah apa-apa.

Dalam pada itu, ramai yang menyokong agar perakam dikenakan tindakan sewajarnya agar tidak menjadi ikutan pada masa akan datang.

BACA: Jadi Kegunaan Golongan Pedofilia, Polis Nasihat Ibu Bapa Pantau Anak Kecil ‘BerTikTok’

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi