
Gempar! Penuh Nilai Estetika, Ini Rupanya Tulisan Tangan Allahyarham P. Ramlee
Siapa yang tidak mengenali seniman lagenda negara, Allahyarham P. Ramlee yang penuh dengan bakat-bakat seni. Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan, pengarahan dan sebagainya, tahukah anda Allahyarham P. Ramlee turut dikurniakan bakat tulisan yang amat berseni dan cantik.
Bersempena dengan ulang tahun penubuhan Orkestra RTM yang ke-50 (1961-2011), hasil tulisan Allahyarham P. Ramlee telah dimasukkan di dalam sebuah buku meja kopi atau Coffee Table Book yang bertajuk Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM.
Tulisan Allahyarham ini didedahkan sendiri oleh editor, perunding konsep dan penyelaras buku tersebut di laman Facebook peribadi beliau iaitu Rosli Mohd Nordin.
Antara yang terkandung ialah surat tempahan tulisan tangan P. Ramlee yang merupakan keterangan tentang undangan beliau kepada ahli Orkestra RTM bagi menjayakan rakaman di King’s Studio, Petaling Jaya.
Mempunyai nilai estetika yang tersendiri, tulisan P. Ramlee seakan mempunyai jiwa dan hidup sehingga menyebabkan beliau sukar mendapatkan fakta dan gambar-gambar yang bersesuaian bagi mengisi buku berhalaman 304 muka surat ini.
Namun kerana semangat berpasukan dan minat yang tinggi, buku ini akhirnya berjaya disiapkan. Berikut merupakan sedikit pendedahan mengenai apa yang ada dalam buku ini.
Melihat kepada tulisan Allahyarham, memang wajarlah Allahyarham digelar sebagai seniman lagenda sepanjang masa kerana nilai bakat yang dimiliki tidak mampu berganti walau ramai pun orang seni selepasnya.
Dah tengok Rambo.
Rambo: Last Blood (2019 Movie)
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



