Tarik Rambut Legakan Sakit Kepala Berbahaya

Gemar Tarik Rambut Untuk Rawat Sakit Kepala? Doktor Jelaskan Tabiat Ini Berbahaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kebanyakan orang akan mengalami masalah sakit kepala dari masa ke masa, tidak kiralah sama ada sakit itu sedikit ataupun sangat teruk.

Cara menghilangkannya pula bergantung kepada jenis sakit kepala itu sendiri.

Selalunya apabila mengalami sakit kepala, perkara pertama yang kita akan fikirkan adalah untuk hilangkan rasa sakit tersebut.

Selain berjumpa doktor (untuk masalah sakit kepala yang sangat kuat), ada juga beberapa tip yang boleh digunakan bagi melegakan sakit kepala.

BACA: Sakit Kepala Dan Demam Lepas Terima Vaksin, Ahli Kimia Kongsi Jenis-Jenis Panadol Ikut Kesesuaian

Ramai juga yang pernah melegakan sakit kepala dengan melakukan perbuatan tarik rambut atau scalp popping kerana dikatakan berkesan.

Namun begitu, perkongsian daripada doktor ini menerusi aplikasi TikTok menjelaskan tabiat tersebut boleh mendatangkan bahaya.

Menurut Dr Wan, tabiat menarik rambut secara merentap sebenarnya amat berbahaya dan boleh menyebabkan lapisan dalam kulit terkoyak.

“Kalaulah mujarab, doktor tak payah susah-susah prescribe ubat paracetamol, ubat migrain semua, membazir duit kerajaan je.”

Tarik Rambut Legakan Sakit Kepala Berbahaya

Jelasnya, tabiat tersebut boleh menyebabkan lapisan dalam kulit yang dipanggil sebagai Galea boleh terkoyak dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kepada penyakit Folliculitis iaitu jangkitan kuman pada akar rambut.

“Daripada nak release headache terus dapat jangkitan kuman. Korang nak macam tu?”

@drwanshare

Tarik rambut untuk relieve sakit kepala….#dr1share #doktortiktok #tiktokguru

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Ramai mengatakan perbuatan menarik rambut bagi melegakan sakit kepala atau pening merupakan petua orang lama, selain tidak menafikan ia memang berkesan walaupun membawa keburukan.