
Gelar Al-Jazeera Sebagai ‘Al-Jahiliyah’, Pengacara Bernama TV Dikenakan Tindakan
Gelar Al-Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ pengacara Bernama TV dikenakan tindakan.
Sejak awal minggu lalu, Malaysia menjadi kecoh selepas satu dokumentari daripada media penyiaran antarabangsa, Al-Jazeera telah menjatuhkan imej negara dengan menyiarkan ‘keburukan’ Malaysia dalam menangani isu warga asing semasa penularan wabak COVID-19 sedang melanda.
BACA: Kerajaan Minta Al-Jazeera Mohon Maaf, Cabar Kemuka Nama Negara Beri Kebebasan Kepada PATI
Ramai daripada rakyat Malaysia menyuarakan ketidakpuasan hati kerana media Al-Jazeera dilihat seakan sengaja mahu memburukkan imej Malaysia meskipun kemampuan dan kecekapan Malaysia menangani wabak ini turut mendapat perhatian dan pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tindakan seorang pengacara program bual bicara Bernama TV, Malaysia Petang Ini, Harleena Pahlavi yang menggelar media Al-Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ telah menyebabkan beliau dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan Bernama.

Malah ketika mengakhiri program tersebut, beliau yang turut gelar Al-Jazeera sebagai tidak mempunyai asas atau kurang etika sempat menyampaikan kata-kata ‘penegasan’,
“Al-Jazeera, you shut up.”
Menurut Menteri Komunikasi dan Media, Saifuddin Abdullah dalam satu ciapan di media sosial Twitter, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi Bernama bahawa tindakan telah diambil kepada individu yang terlibat.
Kita tak setuju dgn satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dgn panggilan itu. Sy dimaklumkan oleh Pengerusi Bernama yg tindakan telah diambil. https://t.co/vTSmwWCAL8
— Saifuddin Abdullah 🇲🇾 (@saifuddinabd) July 8, 2020
Dalam episod 25 minit Locked Up in Malaysia’s Lockdown menerusi program 1010 East Jumaat lalu, media Al-Jazeera menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamtan awam untuk menahan pendatang asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Dokumentasi itu kemudiannya disisasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.
Sumber: FMT