
Gelagat Lelaki Ini ‘Bertarung’ Dengan Angsa Masa COD Barang Undang Tawa Netizen
Gelagat lelaki ini ‘bertarung’ dengan angsa masa COD barang undang tawa netizen.
Sebut sahaja angsa, pasti ramai yang mempunyai pengalaman pahit dikejar haiwan peliharaan ini. Merupakan sejenis burung daripada sub-keluarga Anatidae, angka mempunyai fizikal seakan burung tetapi berleher panjang dan lebih besar.
BACA: Padah Biarkan Digigit Labah-Labah Berharap Jadi Spider-Man, Tiga Beradik Dikejar Ke Hospital
Terkenal dengan perangai yang ‘garang’, gelagat seorang lelaki, Abdul Syukur Ismail bertarung dengan seekor angsa milik pelanggan semasa menghantar pesanan topeng muka di rumah pelanggannya mengundang ketawa netizen.
https://www.facebook.com/aya.twister/videos/1168163930234665/
Dalam video yang dimuat naik semalam, Abdul Syukur dilihat cuba mengelak daripada digigit angsa tersebut dengan memegang kepalanya. Biarpun sudah ditahan, angsa tersebut seakan tidak mahu mengalah dan tetap mengejar beliau.
Menurut perkongsian Abdul Syukur bersama ODISI, rumah tersebut bukanlah kali pertama beliau kunjungi. Namun entah apa yang merasuk haiwan tersebut hari itu, beliau telah menyerangnya.

Setakat ini, video gelagat lelaki ini yang dirakam dan dimuat naik oleh isterinya telah ditonton lebih 9,600 kali dengan jumlah suka melebihi 300 dan dikongsi sebanyak 186 kali.
Video tersebut kemudiannya telah dikongsikan semula di Twitter. Rata-rata daripada netizen jelas terhibur dengan gelagat garang angsa tersebut.
Malah ada juga yang berkongsi, angsa yang dipelihara mereka tidaklah segarang itu tetapi terlampau manja hingga minta untuk dipeluk tuannya.
Nasib baik angsa rumah mak aku tak macam ni. Rilek je mintak dukung. Hahahaha! Dia ingat dia kucing kot, tu yang manja cemana tah 😂 pic.twitter.com/JYiYTGm1Ef
— Datin Seri Aish (@datinseriaish) August 16, 2020
Abang Grab vs angsa
Aku pnah order grab express, nk hantar kuih kat customer .. Skali abg grab takut nak masuk simpang rumah sbb ada angsa
Dah aku kena halau angsa 3 ekor tu dulu.. Mencanak member bawak motor 😂— Pijah🇵🇸 (@amokcute) August 17, 2020
Manusia 1 – Angsa 0
Kalau aku kejar dia balik😂 pic.twitter.com/ncTL5bnPg1
— ZAHID_TAHGUDIN🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@zahidtahgudin) August 17, 2020
Trending now



