
Gaya Berenang Buaya Ini Buat Orang Ramai Tak Jadi Untuk Panik
Pernah tengok bagaimana gaya buaya berenang?
Buaya merupakan haiwan daripada rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia yang muncul sejak 83.5 juta tahun dulu.
BACA: Kisah Perjanjian Antara Penduduk Sungai Kesang Dengan Buaya
Merupakan saudara terdekat kepada burung, pastinya kelibat reptilia ini mampu membuatkan semua orang panik.
Tapi pernahkah anda terfikir bagaimana cara buaya berenang sebenarnya?
Di Instagram, satu video TikTok memaparkan gelagat seekor buaya berenang telah menjadi tular. Mungkin kedengaran biasa, tapi jika anda menonton gaya ini, pasti ianya menjadi sesuatu yang luar biasa.
https://www.instagram.com/p/CEPlIIAKMcu/?utm_source=ig_embed
Gaya buaya berenang dengan tangan mengepak ini menimbulkan rasa lucu pada sesiapa sahaja yang melihatnya.
Mungkin jika dalam satu situasi, anda melihat seekor buaya datang menghampiri dengan gaya berenang sebegini, anda rasa perasaan mana yang datang dulu, panik kerana ketakutan atau geli hati kerana melihat gaya haiwan pemangsa ini?
Bercerita mengenai buaya, di Tawau seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun nekad menubuk mata buaya berjaya menyelamatkannya daripada dibahan reptilia ganas itu di Sungai Imam, Kampung Bombalai, Tawau.
BACA: Buaya Yang Dipercayai Milik Adolf Hitler Dilaporkan Mati Di Zoo Moscow
Dalam kejadian 3 petang itu, kanak-kanak terbabit dikatakan turun ke sungai untuk mengalihkan perahu bapanya yang mahu digunakan oleh bapa saudaranya untuk menangkap ikan, ketika air pasang.
Mangsa yang tidak menyedari kehadiran buaya berkenaan tiba-tiba ditarik ke dalam sungai sebaik berada dalam sungai berkenaan.