
Gastrik Di Bulan Ramadan: Apa Yang Perlu Diamalkan Dan Dielakkan
Ketika mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan, mungkin ada di antara kita yang diuji dengan penyakit gastrik.
Tapi ada juga sesetengah golongan tu, tak gastrik pun dikatakan gastrik hanya semata-mata sebab nak ponteng dan tak nak berpuasa.
Bagi mereka yang betul-betul ada penyakit gastrik, tetapi masih ingin cuba untuk mengerjakan Rukun Islam ketiga tersebut, mungkin tip-tip berikut dapat membantu.
Dikongsikan melalui Facebook oleh seorang pakar perubatan kecemasan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah atau Dr Zek, berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diamalkan dan dielakkan oleh pesakit gastrik yang ingin berpuasa di bulan Ramadan.
Hantaran bermanfaat dari Dr Zek ini telah dimuat naik sekitar 4 tahun yang lalu dan hingga kini telah di’Share’ lebih seribu kali!
Sakit Gastrik di Bulan Ramadan
Ramai pesakit datang ke Jabatan Kecemasan mengadu sakit bahagian hulu hati (epigastric) di bulan Ramadan. Rasa pedih, panas, sekok, bersendawa, loya dan muntah, dan ada kadang-kadang rasa panas naik ke bahagian tengah dada (heartburn).
Setelah diperiksa dengan teliti didapati pesakit ini mengalami dyspepsia. Dyspepsia adalah pencernaan terjejas. Biasa juga orang-orang kita panggil sakit gastrik. Ada beberapa sebab kena dyspepsia, antaranya; gastritis, peptic ulcer disease atau gastroesophageal reflux disease (GERD).
Sering berlaku di bulan puasa sebab asid dirembeskan dalam keadaan perut kosong. Maka saya ingin beri sedikit tip-tip perlu diamalkan dan dielakkan. Antaranya adalah:
- Elakan makanan yang berasid contohnya makanan masam (limau, oren, tomato dan lain-lain), makanan diproses (tin) dan pedas.
- Elakan minuman bergas dan berkafein (kopi, teh dan lain-lain).
- Elakan berbuka terlalu banyak.
- Elakan tidur selepas berbuka atau bersahur.
- Elakan makanan berminyak (bergoreng).
- Elakan dari merokok.
- Elakan dari stress.
- Amalkan berbuka dengan jumlah yang sederhana dan percepatkan berbuka.
- Amalkan minum air kosong dengan jumlah mencukupi.
- Amalkan makan makanan kaya karbohidrat dan diet yang seimbang.
- Lewatkan bersahur.
- Jika sakit gastrik, perlu pemeriksaan doktor dan dapatkan rawatan. Jangan lupa makan ubat.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Dr Zek
Sumber: Facebook Ahmad Zakimi Abdullah