Gardenia Minta Orang Ramai Bertenang, Beli Ikut Keperluan Biasa

Roti Gardenia Kehabisan Stok
Sumber: Twitter

Sejak beberapa hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai mula resah dikatakan bahawa roti gardenia kehabisan stok di pasaran.

Bukan sahaja di Lembah Klang, di bandar dan daerah lain turut terkesan untuk mendapatkan bekalan roti berkenaan. Ia bukan hanya membabitkan roti keluaran Gardenia, malah keluaran jenama lain turut mengalami masalah yang sama.

Pada 23 Mac, pengeluar roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran. Dalam satu kenyataan ringkas, syarikat itu berkata ia disebabkan pengeluaran di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum.

Roti Gardenia Kehabisan Stok

Bagaimanapun, menerusi maklumat terkini, pihak Gardenia mengatakan bahawa pengeluaran produknya akan dilakukan seperti biasa.

“Gardenia akan terus menghasilkan dan menghantar roti serta produk-produk lain kegemaran anda, tujuh hari seminggu, termasuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan.”

“Penghantaran harian ke pasar raya dan kedai-kedai lain akan diteruskan seperti biasa.” katanya.

Penghantaran Gardenia seperti biasa.#GardeniaKL #PerintahKawalanPergerakan #Covid19 #KekalSelamat

Posted by Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [Official] on Monday, March 23, 2020

Pihak pengeluar Gardenia menggesa semua pengguna untuk bertenang dan membeli mengikut keperluan biasa dan penggunaan harian.

Jadi, orang ramai tidak perlu panik dengan stok roti di pasaran. Cuma, perlu belilah mengikut had kebiasaan, bukan borong seberapa banyak yang anda mahu tanpa memikirkan orang lain.