Tasik Cermin Ditutup Lelaki Terjun

Gara-Gara Tular Video Lelaki Terjun, Tasik Cermin Ipoh Ditutup Kepada Pengunjung

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gara-Gara Tular Video Lelaki Terjun, Tasik Cermin Ipoh Ditutup Kepada Pengunjung.

Menjaga adab dan kelakuan ketika melakukan riadah atau melancong ke sesebuah destinasi adalah penting untuk kesejahteraan bersama.

Tular satu rakaman video seorang lelaki terjun ke dalam tasik yang menjadi tumpuan pelancong, Tasik Cermin di Ipoh sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Susulan rakaman video itu, Tasik Cermin ditutup buat sementara kepada pengunjung pada Isnin sehingga siasatan kes selesai, menurut Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“MBI telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut,” kata Datuk Bandar Ipoh, Rumaizi Baharin.

Tasik Cermin Ditutup Lelaki Terjun

Ujarnya, identiti pelaku masih dalam siasatan dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang pihak berkuasa tempatan yang bersesuaian.

Untuk makluman, kawasan Tasik Cerminadalah satu daripada 18 Geotapak yang diwartakan dalam Geopark Kebangsaan Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan bermandi-manda di kawasan tasik berkenaan.

Dalam rakaman tular itu, seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik seolah-olah sedang mandi-manda di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki itu kerana perbuatannya itu boleh menyebabkan kawasan rekreasi itu ditutup kepada pengunjung.

@iamsyafiruz

Reply to @alynnsatar92 Part 2

♬ original sound – syafiruzafiza – iamsyafiruz

BACA: Tasik Chini: Dulu vs Sekarang

BACA: Menjadi Bekas Lombong Paling Dalam Di Dunia, Ini Fakta Tasik The Mines Yang Jarang Diketahui

Sumber: FMT