
Gara-Gara Tayangan Filem ‘Farha’ Di Netflix, Israel ‘Koyak’ Lagi?
Sejak sekian lama, peminat filem di seluruh dunia sering disajikan dengan kisah-kisah ‘air mata’ kaum Yahudi semasa peristiwa ‘holocaust’ yang berlaku sekitar Perang Dunia Ke-2.
Kaum Yahudi selalunya digambarkan sebagai kaum yang teraniaya dan ‘terpaling’ menderita dalam filem-filem seperti Life Is Beautiful (1997), The Boy in the Striped Pajamas (2008) dan sudah tentu juga dalam filem Schindler’s List (1993) arahan Yahudi tersohor, Steven Spielberg.
Malah dalam filem-filem ‘superhero’ seperti X-Men (2000) dan X-Men: First Class (2011) juga turut sengaja diselitkan babak ‘holocaust’ bagi memberi sedikit gambaran dan melahirkan rasa simpati terhadap kaum Yahudi terhadap generasi muda pada hari ini.
Bermula sejak beberapa hari yang lalu, Netflix telah menayangkan filem dari negara Jordan berjudul Farha (2021) yang mengisahkan tentang pembersihan etnik warga Palestin pada tahun 1948, yang turut dikenali sebagai peristiwa Nakba atau An Nakbah.
Filem ini telah mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia! Namun, di sebalik itu, khabarnya telah berlaku satu kempen dan usaha jahat oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Farha di media sosial dengan mewujudkan hampir 1,000 ulasan buruk dan negatif mengenai filem ini tidak sampai 24 jam!
Mereka memberikan ‘1 Bintang’ dan menggelarkan Farha sebagai ‘pembohongan besar’, ‘propaganda’ dan ‘kisah fantasi’ yang dilihat seolah-olah sebagai satu usaha yang diselaraskan untuk menghalang dan tidak menggalakkan orang ramai untuk menontonnya.
Kenapa agaknya mereka ‘koyak’ dan takut sangat dengan Farha? Seorang pengguna Facebook, Fdaus Ahmad telah membuat hantaran berikut bagi menyedarkan umat Islam mengenai tragedi duka di sebalik filem ini dan kenapa Israel memang patut ‘koyak’ dengan kesedaran masyarakat dunia yang telah menontonnya.
Farha di Netflix
———————
Filem Farha yang berkisar tentang peristiwa An Nakbah sedang ditayangkan di Netflix.
Filem ni sekarang kena kecam kaw kaw dengan warga Yahudi Israel.
An Nakbah ni tragedi duka untuk umat Islam, hari yang paling pilu dalam ribuan tahun.
Aku nukilkan sedikit sejarah pendek apa yang kita perlu tahu dan faham berkenaan tragedi An Nakbah.
Malam 14 Mei 1948, merupakan titik sejarah paling hitam apabila penjarah Yahudi (yang dikoordinasi oleh para Zionist) secara rasmi melakukan deklarasi penubuhan negara Israel di tanah Palestin atau lebih dikenali sebagai Yom Hazmaut.
Maka sebagai simbolik perlawanan dan penentangan, masyarakat arab muslim Palestin pula menjadikan 15 Mei sebagai Hari Nakbah yang memperingati kehancuran, pengusiran dan pembunuhan beramai-ramai masyarakat Arab Muslim yang telah mendiami tanah Palestin selama lebih 1,300 tahun lamanya.
Mari kita singkap apa yang telah berlaku sepanjang proses Nakbah:
1) Pada 1897 semasa kongress Zionist pertama di Basel, Theodore Herzl presiden pertama Persekutuan Zionist Sedunia telah memberi idea untuk menubuhkan sebuah negara rasmi buat bangsa Yahudi dan saranan itu menjurus kepada sebuah penempatan yang suci lagi diberkati, iaitu Al Quds, Palestine.
2) 17 Mei 1901, Theodore turun ke Istanbul untuk mengadap ketua Kerajaan Uthmaniyah, Sultan Hamid II demi memohon pendudukan masyarakat Yahudi di Palestine. Permintaan ditolak oleh Sultan.
3) Seorang lagi pejuang Zionist yang berpusat di England, Cham Wizzman turut memainkan peranan besar – usaha selama bertahun-tahun bersama seorang lagi pemimpin Yahudi, Rothschild akhirnya berjaya apabila visi menubuhkan negara Israel di tanah Palestine mendapat sokongan Tuanku dengan termetrainya Deklasri Balfour 1917. British dengan jelas menyatakan;
“Kerajaan Tuanku berpihak kepada penubuhan di Palestin sebuah negara bagi golongan Yahudi”
4) Holocaust ketika perang dunia ke-2 melancarkan dan melicinkan lagi operasi memiliknegarakan tanah Palestine. Simpati Eropah (dan dunia) merelakan ‘Aliyah’ dan perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi terbuang dari Eropah masuk ke Palestine.
5) 14 Mei 1948, Negara haram Israel ditubuhkan.
Maka An Nakbah pun dimulakan.
6) 750,000 penduduk Arab Palestine diusir dari tanah kampung halaman. Mereka lari bertempiaran tiada arah tuju meminta perlindungan negara jiran seperti Mesir, Jordan, Syria dan Lebanon.
7) Lebih kurang 530 kampung halaman dimusnahkan sepanjang perang Arab-Israel 1948-1949 (kekalahan di pihak Arab).
8) Rumah dirampas, penduduk asal dihalau keluar, ada juga yang diseksa dan dibunuh kalau berlaku penentangan. Massacre berlaku sewenang-wenang. Terdapat lebih kurang 70 massacre sepanjang 1948, antara yang terdahsyat;
Tragedi Deir Yassin
Tragedi Saliva
Tragedi Lydda
Tragedi Abu Susha
Tragedi Al Dawayima
Ribuan nyawa melayang tidak terkirakan.
9) Rakyat Palestin dan keturunan mereka yang diusir pada tahun 1948 tidak dibenarkan pulang lagi ke tanah Palestine, sehingga status ini ditulis dan mungkin selama-lamanya selagi kemenangan mutlak belum menjelma. Ada antara refugee yang masih menyimpan rapi kunci rumah atuk nenek masing-masing walau setelah 74 tahun diusir.
10) Sekali lagi penderitaan perit ditanggung apabila negara Arab tewas dalam perang Camp David 1967 (Six Days War). Semenanjung Gaza dan Tebing Barat jatuh ke tangan Israel.
11) 1987-1993 Intifada Pertama dilancarkan oleh pemimpin agung Hamas, As Syahid Sheikh Ahmad Yassin.
12) 2000-2005 Intifada Kedua pula dilancarkan.
13) Kalau Theodore Herzl mevisikan negara haram Israel, maka Nakbah pula mevisikan The Return of Palestinians to their homeland. Retaliasi yang berulang semula seperti apa yang telah tercoret sepanjang sejarah.
Yahudi merampas Palestin hasil kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Uthmaniah.
Maka Nakbah adalah agenda perjuangan masyarakat Palestine khususnya (Islam amnya) untuk merampas kembali tanah suci tinggalan para Nabi.
Setelah 74 tahun, sehingga ke hari ini pergelutan merebut hak tanah suci masih menjadi headline berita seluruh dunia.
Bilakah cita-cita Nakbah akan terlaksana?
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
Siapa tahu, filem Farha ni akan menjadi titik pemula membuka mata lebih ramai masyarakat dunia.
BACA: Filem Terbaharu MCU Menampilkan ‘Superhero’ Dari Israel Terima Kecaman Di Seluruh Dunia
Sumber: Fdaus Ahmad