
Gara-Gara Sentuh Isu Kashmir, Persatuan Dagang India Minta Ahli Berhenti Import Minyak Sawit Malaysia
Gara-gara ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akhir September lalu, beberapa syarikat penapis minyak sawit India telah menghentikan pembelian minyak sawit dari Malaysia untuk penghantaran November dan Disember ini.
Ini kerana mereka khuatir kerajaan India akan menaikkan cukai import atau menguatkuasakan langkah lain untuk membendung import dari negara Asia Tenggara sehingga memberikan tekanan kepada harga minyak sawit Malaysia.

Satu persatuan perdagangan yang mewakili pengekstrak bijian tempatan di India telah mengarahkan agar ahli mereka mengelakkan daripada melakukan pembelian sawit dari Malaysia sebaliknya melakukan pembelian minyak sayuran dari negara lain seperti Indonesia dan Ukraine.
Dengan langkah ini, ianya akan memberikan kesan kepada industri minyak sawit Malaysia yang mana India merupakan pengimport terbesar yang telah melakukan pembelian sekitar 3.9 juta tan antara Januari hingga September dengan nilai USD2 bilion.
Dalam ucapannya Tun M telah menyentuh isu pencerobohan dan pendudukan wilayah Jammu dan Kashmir tanpa menyebut nama negara yang melakukannya. Susulan daripada ucapan tersebut, netizen di India telah melancarkan tanda pagar #BoycottMalaysia dan menggesa rakyat India agar tidak melancong ke Malaysia dan memtuskan hubungan perdanganan sebagai tanda protes.
Sumber: Bloomberg
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Wf_oOngAn/