Burung Kakak Tua Kuat Mencarut

Gara-Gara Kuat Mencarut, Lima Burung Kakak Tua Terpaksa Diasingkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gara-Gara Kuat Mencarut, Lima Burung Kakak Tua Terpaksa Diasingkan

Burung kakak tua disifatkan antara spesis burung yang paling bijak kerana ia mampu meniru pelbagai bunyi dan mampu berkata-kata. Tambah mengagumkan, spesis ini seolah-olah tahu bila masa yang sesuai menggunakan perkataan tertentu sebelum mengucapkannya.

Walau bagaimanapun, pasti kita tidak berasa enak apabila perkataan yang dikeluarkan burung ini adalah daripada perkataan yang tidak sopan. Itulah yang berlaku di Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney, London.

Menurut Harian Metro, lima burung kakak tua di situ terpaksa diasingkan semula selepas haiwan itu suka mencarut. Ia dilihat merungsingkan kerana burung-burung kakak tua itu bukan sahaja mencarut sesama mereka, tetapi kepada pengunjung taman berkenaan selepas dikeluarkan dari kuarantin.

Kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Nichols, burung kakak tua baka Afrika itu diterima pihaknya pada 15 Ogos lalu dan dikuarantinkan.

Burung Kakak Tua Kuat Mencarut

Menurutnya, dalam tempoh pengasingan, burung itu menggunakan masa terluang untuk ‘mengajar’ sesama mereka bahasa kesat.

“Tingkah laku burung ini membuatkan kakitangan taman tidak keruan dan tindakan segera perlu diambil apabila burung kakaktua itu mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada pengunjung kami.

“Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli ‘kelab lelaki tua’ berkumpul.

“Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama kejadian burung kakak tua itu mencarut. Kata Nichols, burung itu pernah dipamerkan kepada pengunjung selama 20 minit dan ia menghamburkan kata-kata kesat. Namun, populariti taman itu naik mencanak.

Nichols mengakui sepanjang 25 tahun membawa spesies itu untuk pameran, ada juga burung kakak tua yang mencarut.

“Burung kakak tua Afrika sangat mahir meniru suara daripada bunyi yang didengari dan dilontarkan semula.

“Mengikut perancangan, burung kakak tua itu akan diletakkan dalam sangkar yang terpisah untuk mengelakkan ia saling mencarut, dan berperangai lebih baik,” katanya.

Kisah lucu haiwan:

BACA: Gaya Berenang Buaya Ini Buat Orang Ramai Tak Jadi Untuk Panik

BACA: Babi Hutan Ini Jadi Perhatian Kerana Tak Mahu Tidur Jika Tiada Bantal, Selimut