Kongsi Meme Kena Pecat 5

Gara-Gara Kongsi Meme ‘Tandas’ Di Facebook, Lelaki Ini Dipecat Majikannya Serta Merta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam zaman serba canggih ini, ramai yang mengemas kini kehidupan seharian mereka di laman sosial masing-masing termasuklah berkongsikan perkara-perkara memberikan ilmu pengetahuan atau pun yang kelakar.

Sudah beberapa kali kita dengar episod majikan memecat pekerja mereka gara-gara salah laku yang dilakukan oleh mereka di media sosial seperti berkongsi mengenai kehidupan kerjaya mereka.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Cody Hidalgo telah berkongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan watak Elmo dari The Muppets di dalam tandas dengan kapsyen,

“Boss makes a dollar, I make a dime. That’s why I poop on company time.”

Kongsi Meme Kena Pecat

Gara-gara perkongsiannya itu, beliau telah menerima mesej daripada majikannya dan dipecat serta merta pada hari Ahad apabila beliau tidak bekerja.

Kongsi Meme Kena Pecat 1

Tindakan majikannya yang tidak bertimbang rasa ini telah menimbulkan kemarahan pengguna laman media sosial sehingga menyebabkan laman Facebook bekas majikannya diserbu pasukan tentera bawang.

https://www.facebook.com/OlivDknight/posts/10215220615777513

Semoga kisah Cody ini menjadi pengajaran buat kita agar sentiasa berhati-hati semasa mengemas kini hantaran di Facebook, terutamanya apabila ‘berkawan’ dengan majikan.

Sumber: Cody Hidalgo

Ada yang tak sabar nak tengok Star Wars baharu?

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI