Soalan SPM 2019 Melissa

Gara-Gara Kertas Bahasa Inggeris, IG Wanita Bernama Melissa Diserang Calon SPM 2019

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam (6 November) calon SPM 2019 telah selamat menjawab kertas peperiksaan bahasa Inggeris dan meninggalkan reaksi yang berbeza daripada pelajar. Menjadi sedikit hangat di laman sosial kerana nama wanita yang digunakan dalam kertas 2 iaitu Melissa dikatakan benar-benar wujud.

Difahamkan, soalan itu tentang Melissa dikatakan tersangkut selepas gagal mendarat ketika melakukan aktiviti sukan peluncur udara. Soalan itu turut menanyakan mengenai perasaan Melissa selepas diselamatkan oleh orang kampung.

Mungkin ramai calon yang beranggapan soalan berkaitan wanita itu agak mencabar dan secara beramai-ramai melontarkan perasaan selepas menjawab soalan peperiksaan itu sehingga nama Melissa trending seketika di laman sosial Twitter.

Ia turut mendorong sebahagian calom SPM menyemak kewujudan individu berkenaan di media sosial dan dikatakan memang benar wujud apabila menjumpai wanita bernama Melissa di laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/BzafpHBFDf7/?utm_source=ig_embed

Menerusi Instagram wanita itu, terdapat satu gambar beliau memegang payung terjun bertarikh 2 Julai lalu. Gambar tersebut dihujani komen oleh beberapa calon SPM dengan pelbagai reaksi berbeza.

Soalan SPM 2019 Melissa
Sumber: IG

Perbuatan sebahagian calon SPM itu bagaimanapun dikecam netizen kerana ia dilihat sebagai bentuk buli siber. Mereka turut melepaskan kemarahan mereka terhadap pelajar berkenaan dalam ruang komen Laura Melissa.

Namun, ada juga warga maya yang berpendapat individu itu bukan Melissa yang disebut dalam soalan SPM. Pada masa yang sama, sebahagian mengkritik Kementerian Pendidikan kerana menggunakan nama watak sebenar dalam soalan hingga mendorong pelakuan seumpama itu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan juga menggunakan karakter sebenar bernama Sarah yang menggambarkan seorang gadis aktif dalam sukan luncur dalam kertas peperiksaan bahasa Inggeris 2018.