
Gara-Gara Kerap Brek, Lelaki Bengang Tendang Honda City Dipandu Wanita
Lelaki Bengang Tendang Kereta Dipandu Wanita Gara-Gara Kerap Tekan Brek.
Ramai yang berpendapat bahawa kaum wanita ini tidak begitu handal dalam memandu kerana pasti ada saja yang tidak kena di mata lelaki.
Betul ke?
Tular sebuah video berdurasi 11 dan tujuh saat di media pada 4 November lalu, memaparkan seorang lelaki menendang sebuah kenderaan di Stulang Laut, Johor Bahru.
Ia gara-gara gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa kerap membrek kenderaan ketika di jalan raya sehingga mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian menendang pintu kereta mangsa hingga kemek.
Menurut pihak polis, siasatan awal terhadap video itu mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira 10.19 malam pada 31 Oktober lalu.
Kejadian berlaku ketika pemandu wanita kereta jensi Honda City warna hitam berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan R&F Mall di Jalan Tanjung Puteri menghala ke Stulang Laut dihalang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan kereta jenis Proton Wira warna kuning.

Lelaki berkenaan kemudian turun daripada kenderaanya dan menghampiri kereta wanita itu serta mengarahkannya keluar.
Bimbang atas faktor keselamatan, pemandu wanita terbabit tidak berbuat demikian sehingga menyebabkan lelaki itu memarahinya sebelum menendang pintu hadapan kereta hingga kemek.
“Susulan itu, mangsa yang takut meninggalkan tempat kejadian dan membuat laporan polis,” kata Polis Daerah Johor Bahru Selatan dalam satu kenyataan.
Menerusi rakaman video itu, lelaki berkenaan mengaku memarahi dan menendang pintu hadapan kereta milik wanita terbabit kerana perselisihan faham serta tidak puas hati dengan cara pemanduannya yang didakwa selalu membrek kenderaannya ketika berada di jalan raya.
Insiden tesebut menyebabkan wanita berkenaan kerugian sekitar RM500, dan dia telah dicadangkan untuk merujuk kepada pihak insurans.
“Dalam kejadian ini, mangsa mengalami kerugian anggaran RM500 dan kes dicadangkan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) iaitu kepada pihak insurans.”
Sumber: Harian Metro, Komuniti Johor