
Gara-Gara Jerebu, Hampir 40,000 Topeng Muka Laris Terjual Kurang 48 Jam Di Lazada
Musim jerebu yang melanda Malaysia ketika ini memberi keuntungan kepada platform beli-belah dalam talian terkemuka Lazada apabila penjualan aksesori kesihatan meningkat sebanyak 66 kali.
Menurut pihak Lazada, sebanyak 36,000 topeng muka terjual dalam tempoh kurang daripada 48 jam pada hari Ahad dan Isnin lepas semasa jualan Keep The Haze Away Lazada apabila paras jerebu mencecah Indeks Pencemaran Udara (IPU) ‘Sangat Tidak Sihat’ di lebih 230 kawasan di seluruh negara.
Ketika jualan terbabit, topeng muka terjual 18 kali lebih banyak berbanding hari biasa dan jualan penapis udara meningkat sebanyak 10 kali.
Penapis udara adalah antara tiga carian paling utama bagi barangan di bawah kategori Perkakas Rumah, dengan produk jenis ini di TechMall dan LazMall habis terjual dalam tempoh 20 jam jualan.
Jualan itu merupakan usaha Lazada untuk menurunkan harga topeng muka dan produk kawalan kualiti udara lain pada ketika permintaan dan harga melonjak.
“Kami bekerjasama dengan jenama dan penjual kami yang sentiasa memberi sokongan untuk menyediakan tawaran terbaik bagi pelanggan kami kerana keselamatan tidak sepatutnya menjadi satu komoditi, dan harga tidak seharusnya meningkat hanya kerana permintaan tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Leo Chow.
Nampaknya, semakin ramai mencari penyelesaian digital bagi keperluan gaya hidup masa kini.
Sumber: Berita Harian
Gandingan mantap.
Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.