Ganti Minuman Keras Dengan ‘Hand Sanitizer’, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Kumpulan Gelandangan Ini
Hanya kerana produk sanitasi tangan mempunyai kandungan alkohol, tidak bermakna ianya boleh menjadi ganti kepada minuman keras tersebut.
BACA: Trump Tetap Percaya Penggunaan Hydrochloroquine Mampu Rawat COVID-19
Kumpulan gelandangan yang mempunyai masalah ketagihan arak telah menjadikan cecair pembasmi kuman sebagai ganti minuman keras kerana bahan tersebut mengandungi metanol.
Disebabkan itu, tiga daripada kumpulan tersebut disahkan maut, manakala tiga lagi dalam keadaan kritikal serta seorang lagi disahkan buta. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan bagaimana kejadian tersebut berlaku.
Menurut pihak berkuasa, kumpulan gelandangan di New Mexico sering menyalah guna cecair pembasmi kuman serta beberapa produk lain sebagai pengganti kepada minuman beralkohol meskipun amaran sudah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengenai bahayanya.

Untuk pengetahuan anda, penyalahgunaan alkohol dan metanol boleh menyebabkan keracunan yang serius, selain daripada risiko kerosakan buah pinggang, buta dan kematian.
Sebelum wabak pandemik COVID-19 melanda dunia, ketagihan alkohol menyebabkan beberapa penjara di sana mengharamkan penggunaan cecair pembasmi kuman kerana risau penghuni akan menyalahgunakan bahan tersebut sama ada meminumkan atau pun menggunakannya sebagai bahan menyalakan api.
Tahukah anda, pendedahan cecair pembasmi kuman pada suhu yang tinggi dalam satu-satu tempoh boleh menyebabkan ianya hilang fungsi sebagai bahan pembunuh kuman? Ini kerana kandungan bahan aktifnya sudah tersejat dek kerana suhu yang tinggi tersebut.
Disebkan hal itu juga adalah tidak disarankan untuk anda meninggalkan cecair pembasmi kuman di dalam kenderaan bagi mengelakkan risiko kenderaan terbakar.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1923822147750992
Sumber: CNN