
Ganjaran Lumayan Menanti Penyalur Maklumat Kegiatan Jenayah – Kerajaan
Ganjaran lumayan menanti penyalur maklumat kegiatan jenayah oleh kerajaan.
Banyak perkara menarik yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Selain daripada peruntukan sebanyak RM81 juta untuk ‘menghidupkan’ semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), antara yang mendapat perhatian adalah ganjaran yang ditawarkan kepada mereka yang menjadi penyalur maklumat mengenai salah laku jenayah di Malaysia.
Peruntukan khas diperuntukkan sebagai ganjaran bagi penyalur maklumat salah laku dan pelanggaran undang-undang.
Contoh: Isu pencemaran sungai yang semakin tidak terkawal sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan air di Lembah Klang #KetahananEkonomi #Belanjawan2021— Ministry of Financeš²š¾ (@MOFmalaysia) November 6, 2020
Beliau kemudiannya memberi contoh isu pencemaran sungai di Selangor yang menyebabkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terpaksa berdepan dengan kesukaran dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.
Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 1 bermula Januari 2021 selama 12 bulan.
BACA:Ā Kerajaan Benarkan Pencarum Keluar RM500 Sebulan Dari Akaun 1 Bermula Januari 2021
Ianya adalah bertujuan untuk membantu dalam meringankan bebab pencarum yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda.
Terdahulu, Belanjawan 2021 bakal diumumkan pada 6 November 2020 pukul 3 petang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Walaupun berlaku pelbagai spekulasi politik yang melanda negara, dijangka ahli kabinet bakal menyokong pelan belanjawan kali ini atas nasihat Yang Dipertuan Agong.
Menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan tahun lalu, sektor pendidikan menerima peruntukan yang tinggi berbanding sektor lain.
Namun, melihat kepada situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda mahu reda, sektor kesihatan dan keselamatan dijangka diberi tumpuan utama dalam Belanjawan 2021.
Keutamaan kini ialah terhadap tenaga kerja, peralatan kesihatan dan kemudahan perubatan lain. Negara juga sedang merancang untuk mendapatkanĀ vaksin COVID-19Ā daripada luar negara.
MenurutĀ One News, Belanjawan 2018 menyaksikan peruntukan RM26.5 disalurkan kepada sektor kesihatan negara.
Jumlah berkenaan meningkat sebanyak RM2.5 bilion kepada RM29 bilion dalam Belanjawan 2019.
Antara sektor lain yang dijangka bakal dipacu pada Belanjawan 2021 adalah sektor teknologi dan pembinaan, Ini adalah untuk memastikan negara bersedia dengan situasi kerja āWork From Homeā serta ingin menambah kepesatan ekonomi rakyat.
Trending now



