Ganjaran Keluar Tayar Dari Leher Buaya

Ganjaran Diberikan Kepada Mereka Yang Boleh Keluarkan Tayar Dari Leher Buaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebuah ganjaran akan diberikan kepada orang ramai yang berani menyelamatkan seekor buaya liar di Palu, Indonesia akibat tayar motosikal tersangkut pada lehernya sejak beberapa tahun lalu.

Jakarta Post melaporkan menerusi Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA), peraduan itu dilancarkan kerana agensi terbabit tidak mempunyai sumber mencukupi untuk mencari buaya liar yang diperkatakan dan juga bertujuan untuk membebaskan buaya berkenaan daripada tayar itu pada tahun ini.

Ganjaran Keluar Tayar Dari Leher Buaya
Sumber: The Jakarta Post

“Kami akan memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengeluarkan tayar tersebut daripada leher buaya itu,” katanya.

Reptilia bersaiz empat meter itu sering dilihat di kawasan perairan yang menghubungkan Sungai Palu dan Teluk Palu yang mana pertama kali dilihat tersekat pada tayar berkenaan sekitar 2016.

Sebelum ini, pegawai agensi dan ahli konservasi pernah mencuba menangkap buaya berkenaan namun gagal selain meminta bantuan organisasi dari Australia. Begitu juga dengan seorang penjinak haiwan yang dikenali sebagai Panji Petualang pernah mencuba menangkap reptilia itu pada 2018, namun tetap menemui jalan buntu.

“Tahun ini, kami perlu menangkap buaya itu supaya tayar berkenaan dapat dikeluarkan,” katanya.

Mereka yang mempunyai ilmu tinggi dan berani berhadapan dengan Sang Bedal, bolehlah cuba tawarkan diri.

Sumber: The Jakarta Post