
Ganja Untuk Sakit Mental? Pakar Perunding Psikiatri Beri Penjelasan Padu Buat Geng ‘Palatau’
Ganja tiba-tiba ‘trending’ selepas berlaku beberapa siri tangkapan individu berprofil tinggi yang terlibat dengan penanamannya di rumah.
Pertikaian dan pertikaman lidah di antara golongan intelek profesional dan ‘palatau’ terus wujud di sosial media dengan masing-masing memberikan hujah masing-masing.
Bagaikan menonton filem ‘box office’ sambil memakan ‘popcorn’, golongan netizen pula hanya seronok membaca dan sesekali memberi komen sambil membuat lawak bagi menghangatkan lagi suasana.
Kali ini, seorang doktor pakar dalam bidang perundingan psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zin melalui laman Facebooknya telah membuat satu hantaran mengenai penggunaan ganja bagi merawat penyakit mental.
Apakah sebenarnya hasil penemuan beliau? Jom baca perkongsiannya ini.
GANJA UNTUK SAKIT MENTAL?
- Ada kajian kata ia mengurangkan gangguan pemikiran. Maksudnya mereka lebih mudah berfikir. Kajian ni tahun 2016 dengan jumlah pesakit yang sangat kecil (20+ sahaja). Kalau nak kata sesuatu intervensi tu berkesan, mesti ada lebih banyak kajian silang, lebih banyak pesakit yang guna dan hasil kajian itu boleh diulang semula dalam kajian lain juga.
- Satu lagi kajian kata ia mampu meningkatkan mood menjadi baik. Namun, bila disiasat lebih dalam, kebanyakkan mereka yang mengambil ganja adalah apabila mood mereka sudahpun semakin baik. Orang tengah fasa kemurungan, mereka tidak berminat dengan apa sahaja sekalipun (Kajian 2015).
- Kajian lain menunjukkan ia boleh cetus gejala mania (the worst symptoms you can get aside from severe depression). Mania means psychiatric emergency and immediate admission. Ia juga boleh menerukkan gejala hypomania/mania. Maksudnya psikosis adalah salah satu gejala paling buruk.
- Boleh menerukkan gejala kemurungan sedia ada.
- Lebih tinggi risiko tingkah laku bunuh diri.
- Menyebabkan gejala bipolar bermula lebih awal berbanding pesakit bipolar lain dan bilamana ianya bermula lebih awal, komplikasi penyakit akan lebih buruk untuk jangka panjang.
- Meningkatkan risiko psikosis, meningkatkan kitaran mood yang tidak stabil, menerukkan prognosis dan meningkatkan kegagalan rawatan.
- Penggunaan kronik boleh mengakibatkan gejala seumpama penyakit Schizophrenia dan Bipolar Disorder.
- Mewujudkan masalah mental baru: Masalah ketagihan.
Kesimpulannya, tak kisahlah sakit apa sekalipun, jangan sesekali bereksperimentasi dengan apa sahaja jenis dadah. Ya, ramai di luar sana cuba mencari jalan keluar dengan mengambil dadah tetapi akhirnya mereka terjerumus dengan lebih jauh sehingga sukar untuk kembali baik. Jika ada masalah dengan apa ubat sekali pun, bincang dengan doktor anda. Insya-Allah ada jalan penyelesaian.
Bagi tokan dadah dan pengedar dan geng ‘palatao’, pergi main jauh-jauh. Jangan ganggu mereka yang sudah pun diuji dengan ujian berat masalah kesihatan mental.
Kalau beria sangat nak buat kajian tentang ganja, buat kat tikus dulu. Ya, ganja memang organik. Tumbuhan ciptaan Allah. Khinzir pun makhluk ciptaan Allah juga.
Tapi dah Allah kata benda yang mudarat sebegini haram tak perlulah nak persoal mengapa Allah jadikan benda yang kita tak boleh sentuh.
Awat doktor macam marah je ni? Saya geram sebab kami ni dok menghadap begitu ramai orang yang dirosakkan minda dan waras mereka ini kerana najis sebegini. Rosak bangsa dan negara.
Sumber: Facebook Ahmad Rostam Md Zin