Ganja Dan COVID-19

Ganja Dan COVID-19: Kaitan Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 sebagai pandemik, rakyat dunia sudah mula bersedia dengan perintah berkurung yang akan dijalankan oleh negara masing-masing.

Ada yang sudah beratur di pasar raya bagi menambah bekalan makanan untuk digunakan sepanjang tempoh berkurung dikenakan.

Ganja Dan COVID-19
Sumber: @wendymac

Di Amerika Syarikat lain pe’elnya. Mereka bukan menambah bekalan makanan tetapi menambah bekalan senjata api dan pisau untuk ‘membela diri’ daripada menjadi sasaran perkauman di sana.

BACA: Pembelian Panik Covid-19 Rakyat Amerika Berbeza, Lebih Kepada Beli Senjata Api

Sama juga seperti di Belanda, selepas pengumuman berkenaan, ramai daripada mereka sanggup beratur bagi mendapatkan bekalan ganja sepanjang tempoh perintah lockdown dijalankan selepas angka kematian sudah mencecah 24 dengan kes jangkitan sebanyak 1,413.

Ramai yang tertanya-tanya malah pelik melihat sikap rakyat Belanda yang giat menambah bekalan ganja bukannya bekalan makanan di saat perintah lockdown ini dilaksanakan.

Apakah perkaitan antara ganja dan koronavirus?

1. Gangguan bekalan rantaian

Walaupun ada pihak yang menenangkan pengguna ganja bahawa bekalan dadah jenis itu cukup, namun melihat kepada kejatuhan industri di China, tak mustahil sedikit sebanyak akan menggugat bekalan yang diterima.

Walaupun Amerika Syarikat dan Kanada merupakan antara negara yang menjadi pembekal ganja selain China, kebanyakan daripada rantaian bekalan berasal dari China kerana China merupakan pengeluar dengan kos yang redah, sesuai dengan industri ganja yang baru mahu bertapak.

2. Pembatalan pameran perdagangan

Segala perhimpunan besar termasuklah acara sukan mahupun pameran perdagangan ganja terpaksa dibatalkan bagi mengurangkan penularan jangkitan koronavirus sama ada di peringkat negara atau pun antarabangsa.

Pembatalan acara pameran ini telah menyebabkan bekalan ganja dalam keadaan terhad sama seperti topeng muka dan hand sanitizer.

Ganja Dan COVID-19
Sumber: The Green Fund

Sama juga seperti bekalan makanan, bekalan ganja mungkin sama penting buat penggunanya. Pembelian panik ganja ini telah menyebabkan graf jualan ganja meningkat dengan mendadak.

Wabak COVID-19  mempunyai simptom hampir sama seperti wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) yang melanda pada tahun 2003.

Tapi adakah ganja benar-benar mampu merawat penyakit terutamanya ketika COVID-19 sudah merebak ke seluruh dunia kini?

Sumber: The Green Fund, The Motley Fool