
Gangguan Seksual Antara Doktor, Bukti Sistem Keselamatan Pekerjaan Kurang Efektif?
Sedang berlegar di laman Twitter ketika ini tentang gangguan seksual yang dihadapi oleh para doktor Houseman (HO) daripada kalangan pihak atasan mereka iaitu Medical Officer (MO). Perkara ini mula ditularkan oleh pemilik akaun HartalDoktorKontrak.
This is one of the worst. If this is not sexual harrasment, I dont know what is. Surgical Dept Hosp Serdang. Waiting for someone to justify his actions. #stopworkplacebullying pic.twitter.com/qyiT08lRSo
— HartalDoktorKontrak (@HKontrak) May 7, 2022
Apabila diikuti hantaran akaun ini, boleh difahami bahawa kes seperti ini telah lama pun terjadi dan selalu diabaikan. Antaranya adalah seperti perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Syahid Said. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
MO tu memang sentuh beberapa private part HO
Dulu aku HO kat sebuah hospital di utara tanah air. Masa aku fifth posting, ada kawan HO aku first posting dia kena sexual harassment dengan MO kat satu department ni.
MO tu panggil dia konon-konon untuk ajar dia buat physical examination, tapi buat kat badan HO tu sendiri, dalam bilik berkunci. Terang-terang harassment.
Yelah, first posting kan ikut je apa yang MO cakap. The thing is, MO tu memang sentuh beberapa private part HO tu atas alasan ‘physical examination’. Of course MO tu lelaki dan HO tu perempuan.
BACA: Kecoh Video Lucah Dan Gangguan Seksual Mirip Pendakwah, Polis Bakal Keluar Kenyataan
After kejadian tu, HO tu tersangat traumatized. Dalam dia dimalukan dan kekeliruan yang dia hadapi lepas kejadian tu, dia try reach out beberapa senior HO untuk minta tolong dan tanya pendapat.
HO senior yang dia reach tu baik-baik semua, tapi macam yang selalu berlakulah, takut dengan superior, so perkara just jadi luahan hati sesama HO ja, tiada tindakan lanjut.
Sampailah perkara ni ke pengetahuan aku. Aku terkejut gila dan for me it was a serious matter.
Dengan sedikit keberanian yang aku ada sebab masa tu dah senior posting kan, aku dengan beberapa orang kawan aku, kami cuba bawak benda ni untuk perhatian pihak atasan. Kami buat strategy planning sedaya upaya kami level-level HO cabok ni, supaya nasib kawan kami tu at least terbela.
Benda first kami cuba ialah bawak kes ni melalui so called ‘proper channel’ dalam department tu.
Awal-awal macam meyakinkan.
Dua orang kawan aku dalam department yang sama dengan mangsa, report benda ni ke specialist yang in charge houseman.
Siasat pi siasat mai, last sekali sampai kat HOD department tu, kes tu disenyapkan.
Lebih memeritkan dua orang kawan aku yang bawa kes tu, berdepan ugutan akan di extend department, MO tu punya helah bukan biashe-biashe.
Dia jenis kaki jilat, specialist mostly termakan dengan kata-kata dia.
Dia bela diri depan specialist seolah-olah macam dia tak bersalah langsung.
Nasib baik kerani in charge HO dan beberapa orang MO dalam department tu yang angel cover up depa dan kawan aku dua orang tu tidak diextend. Pheww.
Bawa ke UKKP
Kami tak putus asa, kami cuba cara kedua bawa melalui Unit Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (UKKP).
Katanya unit ni menjaga kebajikan staff-staff, apatah lagi ni kes gangguan seksual, so it should be a serious case. So UKKP pun form lah team depa nak membantu kawan HO aku si mangsa ni.
Then UKKP minta buat report polis, part of procedure untuk bantu kawan aku ni katanya.
BACA: Sexual Grooming: Proses Penjenayah ‘Mendandan’ Mangsa Sebelum Lakukan Jenayah Seksual
Kawan aku ni pun berbekalkan semangat yang semakin pudar akibat kes ni berlarutan tidak diselesaikan oleh department itu sendiri, dengan kami dok push bagi semangat kat dia, akhirnya dia pun setuju pi buat report polis dengan kak dia.
Bukan senang ya guys, dengan semangat yang semakin luntur, ditambah dalam kesibukan seorang yang bergelar houseman lagi, curi-curi masa pi balai, dia buat report, kuatkan semangat untuk bela nasib dia. Secara tak langsung supaya MO tu diambil tindakan dan tak berani cari mangsa seterusnya dah.
Kenapa lambat buat report?
Sampai kat polis, polis cakap kes dah lama. So nak buat report untuk dakwaan tu agak susah.
Nanti mangsa akan dipersoalkan kenapa lambat buat report, adakah ada niat untuk memalukan (defamation) pihak yang dituduh, kalau naik court pun polis cakap susah nak menang, lebih kurang macam tu la aku pun tak paham sangat perundangan complicated yada yada semua ni.
Ya guys, dia peram kes tu dalam nearly setahun sebab dia takut, cerita dengan kawan-kawan terdekat ja.
Tapi polis kata kalau buat report untuk sebagai basis ada kes, dan tindakan selanjutnya akan diuruskan oleh pihak hospital, itu boleh.
Kira polis takkan proceed untuk tahan reman ka, apa la MO tu.
To cut the story short, report polis pun berjaya dilakukan dan selepas itu tindakan akan diambil oleh pihak hospital which is badan bertindak melalui UKKP.
Polis tak tangkap MO tu untuk siasatan lanjut, semuanya diserahkan kepada UKKP dan pihak hospital untuk meneruskan siasatan.
Aku macam dah lega, thank God akhirnya MO tu akan dibawa ke muka pengadilan melalui UKKP.
Tapi itulah, kekecewaan aku kembali menebal, aku tak ingat aku tunggu lama mana untuk tindakan UKKP, dua minggu cemtu kot. Kes macam senyap ja.
Then aku tanya balik geng aku semua untuk update dengan UKKP, memang depa working on it di sebalik tabir, tapi entahlah kes itu dok macam tu jugak lagi.
MO tu ada kes lampau tentang gangguan seksual
Aku tak berani la nak tuduh hospital cover ass MO tu ka apa ka, aku just nak cakap aku kecewa ja la sebab UKKP pun tak dapat bagi positive progression tentang kes ni.
Oh lupa nak bagitau, UKKP korek-korek rupanya MO tu ada kes lampau tentang sexual harassment jugak.
Sebelum tu dia buat pada mangsa lain, dua kali. So macam boleh la nak sabit kuat la evidence, dengan mangsa sebelum itu pun tampil untuk membantu mangsa HO yang baru ni.
Tapi itulah, last sekali kes senyap.
Aku tak tahu apa yang tak kena. Segala bagai report polis yang kami buat tu macam sia-sia ja. MO tu masih berkeliaran bekerja like nothing happened. Hurmmm.
Cara ketiga, after UKKP seemed like a failure, aku approach MMA melalui wakil MMA kat hospital aku tu.
Sama jugak, awal-awal nampak promising pastu senyap jugak dibawa puing-puing di lautan.
Awal-awal reply whatsapp aku semua pastu tetiba senyap, tak update apa dah.
Maybe jugak la dia busy on call bagai, ataupun maybe jugak dia tak nampak macam mana nak pusing kes ni sebab lama sangat mangsa ambil masa untuk bawa ke pihak berautoriti.
Anyway, kejayaan kecil yang aku rasa aku & team dapat after hanky panky whistleblowing yang kami buat ni adalah, MO tu dah tak berani nak harass HO, aku dah tak dengar kes tentang dia after that.
Aku ucap terima kasih pada pihak hospital kalau pun betul depa swept under carpet kes ni, mungkin pihak autoriti hospital ada gave warning kat dia jugak tanpa pengetahuan kami. Adalah sikit kejayaan walaupun sampai sekarang dia masih lagi bebas bekerja.
Bersuaralah!
Aku nak bagitau all healthcare workers kat luar sana, tak kira lelaki ka perempuan, any form of harassment or abuse is intolerable.
Bila jadi, terus bersuara, terus report. Speak it out, jangan takut. Benda tak betul, terus bersuara, jangan tunggu-tunggu. Kalau tidak, jadi macam kes aku ni, dah lambat, dah tak boleh buat apa.
Kenapa baru sekarang aku cerita kat semua orang?
Entahlah. Time kami fight dulu tu, aku kecewa sangat kot sebab kami macam tewas, so jadi malas nak cerita.
Dan obviously sebab recent issue yang being brought up, so maybe this is the correct time.
And ini adalah example the so called proper channel tu sebenarnya tak wujud untuk golongan ikan bilis cam kita ni. Aku sendiri rasa based on this case.
Jadi, vent out ja lah ikut social media weyhh, memang its the best place sekarang.
Kepada mangsa-mangsa bully harassment abuse yang lain, ayuh ke depan. Hartal dah bagi assurance untuk anonymous kan hampa yang speak up through them, fret not anymore.
Panjangnya aku tulis. Terima kasih yang sudi baca.
BACA: Amalan ‘Spotcheck’ Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Adalah Gangguan Seksual
Sumber: Syahid Said