
Gangguan Perkhidmatan Kereta Api, Ini Cara Orang Jepun Mohon Maaf Pada Penumpang
Budaya masyarakat Jepun yang begitu sopan dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain sering dijadikan contoh perbandingan dengan apa yang berlaku di negara kita.
Dalam isu gangguan sistem pengangkutan awam misalnya, orang Jepun mengamalkan satu konsep yang dinamakan sebagai ‘omoiyari’.
Apakah maksud ‘omoiyari’ dan bagaimana kita boleh mengamalkannya di Malaysia? Jom ikuti perkongsian yang dibuat oleh pencipta kandungan digital ternama, Richard Ker di laman Facebooknya ini untuk manfaat kita bersama.
Omoiyari.
Konsep empati dan timbang rasa dalam budaya Jepun dipanggil ‘omoiyari’.
Di Jepun, sangat jarang berlaku kelewatan sistem perkhidmatan kereta api.
Tetapi, sekiranya ia berlaku, rakyat Jepun menganggapnya sebagai satu perkara yang benar-benar serius.
Konduktor kereta api yang bertugas akan berjalan dan menemui setiap penumpang yang berada di dalam kereta api tersebut untuk memohon maaf.
Malah…
Bukan itu saja.
Paling menakjubkan ialah setiap penumpang juga akan diberikan slip “Bukti Kelewatan” bercetak atau “Sijil Kelewatan Kereta Api”.
Langkah ini dibuat supaya setiap penumpang yang terjejas aktiviti mereka tersebut boleh menunjukkannya kepada majikan atau pihak sekolah untuk memaklumkan bahawa kelewatan yang berlaku bukanlah disebabkan oleh penumpang itu sendiri.
Dan permohonan maaf juga akan dibuat kepada penumpang sekiranya kereta api itu tidak menepati masa dengan bertolak terlebih awal dari yang dijadualkan.
Memang orang Jepun berada di tahap yang lain. 🤯
BACA: “Boleh Jemput CEO KTMB Baca Posting Ni” – Netizen Bandingkan Tren Jepun vs Tren Malaysia
Sumber: Richard Ker