Gambar Wanita Dengan ‘Gelang Tangan Merah Jambu’ Makan Di Kedai Cetus Kebimbangan 2

Gambar Wanita Dengan ‘Gelang Tangan Merah Jambu’ Makan Di Kedai Cetus Kebimbangan Masyarakat Tempatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sekeping gambar wanita dengan ‘gelang tangan merah jambu’ yang tular semalam telah cetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Kesemua pengembara yang pulang ke Malaysia akan dipakaikan dengan gelang tangan berwarna merah jambu (wristband) sepanjang tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, gelang tangan berkenaan akan dipakaikan kepada pengembara sebelum pulang ke rumah masing-masing.

BACA: Wabak COVID-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Pada Pertengahan Julai Ini

Perlu dipakai sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah, tindakan akan dikenakan sekiranya gelang tersebut ditanggalkan sebelum tempoh pemerhatian tamat.

Malah individu di bawah arahan perintah pengawasan dan pemerhatian ini perlu kekal berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan berada di luar rumah.

Gambar Wanita Dengan ‘Gelang Tangan Merah Jambu’ Makan Di Kedai Cetus Kebimbangan
Sumber: KKM

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, sekiranya individu tersebut gagal mematuhi arahan, mereka boleh disabitkan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.

Namun semalam, sekeping gambar menjadi tular apabila individu di dalamnya didapati memakai gelang tangan merah jambu telah makan di kedai.

https://twitter.com/JemilahMahmood/status/1285054255166976001

Menimbulkan kegusaran orang ramai, peniaga kafe yang terlibat, Nurul Chu Hada Karim memaklumkan dalam satu hantaran selepas menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Perak, individu tersebut disahkan negatif dan sudah pun melepasi tempoh kuarantin dan melakukan ujian kali kedua.

https://www.facebook.com/100008919910011/posts/2332060723767902/?d=n

Dalam masa sama, wanita dalam gambar berkenaan juga dicari bagi tujuan dikenakan tindakan undang-undang kerana telah melanggar arahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).