Gali Tanah 30 Tahun Buat Terusan

Gali Tanah Seorang Diri Selama 30 Tahun, Lihat Hasil Lelaki Ini Buat Terusan Untuk Sumber Air Di Kampung

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gali Tanah Selama 30 Tahun, Lelaki Ini Buat Terusan Untuk Sumber Air Di Kampung.

Jika tiada siapa yang mengubahnya, kitalah yang perlu mulakan.

Dengan kudrat yang masih ada, seorang lelaki sanggup menggali tanah sepanjang tiga kilometer untuk membuat terusan bagi membolehkan air hujan dari bukit berdekatan dapat mengali ke kawasan lapang di kampungnya di Kothilawa di Bihar, India.

Dia dilaporkan mengambil masa selama 30 tahun untuk menggali sehingga sempurna terusannya itu dan semuanya dilakukan seorang diri.

“Saya ambil masa 30 tahun untuk gali tanah buat terusan yang mengalirkan air di kolam di kampung,” kata Laungi Bhuiyan.

“Sejak 30 tahun lalu, saya akan pergi ke hutan berdekatan untuk menjaga haiwan ternakan saya dan menggali terusan,” tambahnya.

Menurut sumber berita tempatan, ramai penduduk kampung berhijrah untuk menetap di bandar tetapi dia mahu tinggal di kampung.

“Tiada siapa yang mahu menyertai saya, kebanyakan penduduk kampung telah pergi ke bandar untuk mencari rezeki namun saya tetap memutuskan untuk tinggal di sini,” ujarnya.

Gali Tanah 30 Tahun Buat Terusan

Gali Tanah 30 Tahun Buat Terusan
Sumber: ANI

Dikelilingi hutan tebal dan pergunungan, kampung tersebut dikenali sebagai tempat perlindungan bagi kaum Maois. Ia terletak hampir 80 kilometer dari daerah Gaya.

Seorang penduduk kampung berkata, usaha Laungi sebenarnya memberi manfaat kepada sejumlah besar binatang dan juga mengairi ladang.

“Dia tidak melakukannya untuk kepentingan sendiri, tetapi memberi manfaat kepada seluruh kawasan,” katanya.

Gali Tanah 30 Tahun Buat Terusan

Pekerjaan utama penduduk di Gaya ialah penternakan dan perladangan. Ketika musim hujan, air yang turun dari pergunungan akan mengalir ke sungai telah mengganggu sumber utama penduduk di situ, sekali gus Laungi memikirkan idea membuat terusan.

Kisah Laungi ini mendapat perhatian orang ramai di media sosial dan menyifatkan pemerintah patut malu kerana tidak membantu membangungkan fasiliti untuk mereka di pedalaman.

Sumber: India Times