Syawal 3 beranak

Galas Peranan Ibu Di Usia 10 Tahun, Pink Squad Tunai Hasrat Si Kakak Ingin Raya Sedondon

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketibaan Syawal tahun ini disambut dengan penuh kepiluan oleh 2 beradik yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta, meninggal disebabkan kanser.

Nor Syafinaz Samsudin yang menubuhkan Pink Squad atau nama penuhnya Pertubuhan Inisiatif Naluri Kemanusiaan berkongsi kisah di hantaran Facebooknya.

Ayahnya seorang cacat penglihatan dan mempunyai tanggungan 2 anak yang masih kecil.

Dua beradik anak yatim, ibu meninggal sebab kanser. Si adik patah kaki dan tangan jatuh ketika ikut ayah keluar bekerja. Ayah buta dan ambil upah urut refleksiologi di sebuah kompleks. Itu sahaja sumber pendapatan ayah mereka. Ketika adik di tahan di wad beberapa hari ayah tidak keluar bekerja kerana menjaga adik, duit pun semakin habis dan ayahnya terpaksa pergi kerja.

Tahu siapa yang menjaga adik di hospital sepanjang hari? Si kakak umur 10 tahun. Dialah yang jaga adiknya. Adik umur 6 tahun, manja dan masih merindui ibu yang telah pergi. Si kakak inilah yang menjaga adiknya. Makan minum apa sahaja yang hospital beri dan pelawat yang ziarah ahli keluarga kalau ada beri mereka makanan itulah mereka makan dan ehsan jururawat, doktor yang merawat.

Kasihan sungguh dengan nasib mereka. Kadang-kadang si adik menangis sambil ditenangkan oleh kakak. Mungkin sakit, mungkin rindu ibunya.

Nor Syafinaz menceritakan, mereka menghulurkan sedikit bantuan buat ayah untuk berulang alik menaiki grab dan kakak untuk membelikan pampers kepada adiknya yang tidak boleh bergerak ke tandas.

Baru-baru ini, Pink Squad membawa 3 beranak itu membeli baju raya. Walaupun ayahnya telah menolak berkali-kali untuk menerima bantuan, mereka tetap mencarikan sepasang baju Melayu untuknya.

Kasih sayang dua beradik yang dikagumi.

Si kakak berhasrat mahu sedondon mereka tiga beranak, Si adik mahu baju melayu warna pink belacan. Si kakak mahu baju melayu kurung warna hijau. Si adik beralah mahu ikut warna pilihan kakak, tetapi baju melayu adik tidak ada size warna pilihan kakak. Kakak kemudian beralah, “takpa la hijau pun, asalkan sama kaler” bagus mereka di didik.

Dua beradik kemudian berlari pula mencari baju melayu buat si ayah, biar sedondon. Teruja dan bersemangat mereka. Aduh sebak melihat.

Si ayah berhasrat ingin anaknya bersekolah asrama untuk mereka belajar seperti kanak-kanak lain.

Dia pun cerita dah pernah mohon nak masukkan anak ke sekolah asrama (sekolah rendah) tapi tak ada kosong. Masa bercakap hal ini dengan ayah dia, si kakak terdengar dan terus berlari peluk ayah (dalam gambar).

“Kakak tak mahu.. kakak tak mahu.. kakak nak duduk dengan ayah” huh masa ini saya kalih pandangan, sapu air mata. Sedihnya.

Saya pujuk, cakap kakak kena pergi sekolah, kalau duduk asrama anak yatim nanti pergi sekolah naik van, balik sekolah boleh pergi KAFA, mengaji quran, kat sana makan pun sedap-sedap, ada kawan ramai. Dia pandang muka saya,

“Dengan adik sekali?” Saya angguk. Dia diam, dan peluk erat ayah dia. Saya hilang kata-kata.

3 beranak sambut Syawal

Doakan urusan mereka dipermudahkan dan Pink Squad murah rezeki agar kami boleh tanggung anak berdua ni belajar mencari ilmu dan menumpang kasih di asrama. Hari ini misi mencari yang terbaik buat anak-anak ini.

Kita rasa kisah kita sedih? Hebat Allah uji? Bayangkan budak umur 10 tahun dan 6 tahun ini menggalas ujian mereka.

* Jika anda ingin memberi sedikit sumbangan kepada mereka, boleh salurkan bantuan di:

No. Akaun PINK Squad
Pertubuhan Inisiatif Naluri Kemanusiaan (PINK SQUAD)
5660 1061 7721- Maybank

Boleh bank-in dan letak transaksi “putra putri” nama kedua-dua beradik ini.

Sumber: FB Pnut Syafinaz