
Gaji Minimum RM1,500 – Ramai Tidak Sedar Kesan Domino Yang Akan Dialami Oleh Syarikat
Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
BACA: Persekutuan Majikan Malaysia Tak Setuju Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 Buat Masa Sekarang
Langkah baik yang diputuskan oleh kerajaan tersebut amatlah dialu-alukan berikutan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat kebelakangan ini.
Namun, disebalik perlaksanaan kadar gaji minimum tersebut, kesannya dikhuatiri akan memberi implikasi lain sehingga tidak mustahil akan berlaku pula kenaikan harga barang tidak lama lagi.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Ir Abdul Rahman Bahasa menerusi satu hantaran yang dibuat di Facebook beliau mengenai kesan domino yang mungkin akan berlaku akibat dari pelaksanaan gaji minimum tersebut.
Ramai yang tidak sedar, namun situasi yang cuba beliau jelaskan ini memang dijangka akan berlaku dan semua pihak haruslah bersedia untuk menghadapinya.
DOMINO EFFECT GAJI MINIMUM RM1,500
Kelmarin, PM umum gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan mulai 1 Mei 2022.
Extension ucapan PM masa perhimpunan parti tu juga menyatakan ia melibatkan company yang besar-besar je termasuk GLC. Company-company Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan ditangguhkan pelaksanaannya.
Huhu..bila aku dengar kata company besar ni. Aku dok terbayang carta organisasi from bottom to top. Secara generalnya, bolehlah digambarkan Organization Chart company-company besar macam kat bawah ni.
Bottom Layer
General Worker
Education: PMR/PT3
Gaji sekarang: RM1.2k.
Mid Bottom Layer
General Worker II
Education: SPM+Sijil Kemahiran
Gaji Sekarang: RM1.5k
Mid Layer
Non-Exec
Education: Diploma
Gaji Sekarang: RM1.7k – RM1.8k
Top Layer
Exec
Education: Degree and above
Gaji: Above RM2k
Pejam celik, pejam celik. 1 Mei pun tiba.
Boss panggil semua General Worker.
Boss: Seperti arahan gomen. Mulai bulan ni, gaji anda semua naik dari RM1.2k ke RM1.5k.
(Hoorraaay! General Worker semua senyum sampai ke telinga😊)
General Worker II dengar. Dia orang pun respond.
“Habis kami yang dah gaji RM1.5k ni macam mana? Tak naik ke?
Boss: Gaji kamu kan dah RM1.5k. Ni untuk gaji yang bawah RM1.5k je.
General Worker II: Cam tu baik kami cari kerja lain je🙄
Boss: Eh, okey-okey. Kami naikkan gaji awak 10%. Gaji baru RM1,650.
(General Worker II pun senyum sampai ke telinga😊)
Geng Non-Exec pula dengar. Dia orang respond.
“Eh, geng sijil beza RM50 je dengan saya yang ada diploma ni? Baik saya kerja General Worker je. Tanggungjawab pun kurang sikit🤭”
Boss: Eh, okey-okey. Kami naikkan juga gaji kamu 10%. Gaji baru kamu, RM1,850.
(Non-Exec pun senyum juga😊)
Bila Executive Level budget meeting.
Finance Exec: Boss, cost overhead meningkat. Mana nak cekau modai ni? Bulan ni dah nak bayar gaji baru.
Boss: Kita kena tingkatkan efficiency collection payment dari buyer kita.
Account Exec: Alamak Boss! Payment term kita 60 days ni. Macam mana nak push buyer bayar? Confirm depa tak mau punya.
Boss: Huish! Macam tu kita kena tingkatkan sales!
Marketing Exec: Nak tingkatkan sales kena buat marketing kaw-kaw Boss. Kalau orang tak tau product kita, macam mana dia orang nak mai beli? Saya cadangkan up budget marketing 10%.
Finance Exec mencelah: Hang tak faham bahasa ka? Kan aku kata modai tak berapa nak ada. Nak bayar gaji pun semput ni. Nak minta naik budget marketing pula..Aku lempaq hang luar tingkap baru ada akai!😤
Boss: Hey…jangan gaduh-gaduh..Heart of our revenue is Sales. Kita tanya Sales Team kita.
Sales Exec: Apa susah. KITA NAIKKAN JE HARGA. Setakat naik sikit. Saya boleh jual lagi. Tapi kena padanlah dengan komisyennya. Nak juai lebih, komisyen pun kena lebihlah Boss..hehe😎✌🏻
Boss urut kepala…😖💆🏻♂️
The End.
Perkara paling susah adalah berkenaan pengurusan manusia.
So, good luck kepada Boss company-company besar.
Moga usaha anda dipermudahkan..
#IrARB
Sumber & kredit foto: Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa