Gaji Minimum RM1,200 Di Lembah Klang Jauh Dari Cukup – Pakar Ekonomi

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018, gaji pekerja di Malaysia merupakan antara yang dibayar tanpa mengikut bayaran sepatutnya berbanding pekerja di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman dan Singapura.

BACA: Gaji Pekerja Di Malaysia Terlalu Rendah – Bank Negara

Pertengahan Ogos lalu, Kementerian Sumber Manusia mengumumkan bahawa gaji minimum di Malaysia telah diselaraskan sebanyak RM1,100 dan pada pembentangan Belanjawan 2020, gaji minimum di bandar ditingkatkan kepada RM1,200.

Menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), kenaikan gaji minimum tidak menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi sebaliknya memburukkan lagi dengan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Lihat perbandingan kadar gaji jurutera di Malaysia dengan negara luar. Apa yang memeranjatkan, ia tidak berubah sejak…

Posted by ODISI on Wednesday, October 23, 2019

Namun menurut seorang ahli ekonomi gaji minimum RM1,200 adalah jauh lebih cukup untuk individu dewasa di Lembah Klang. Kata Yeah Kim Leng, seorang profesor ekonomi di Sunway University Business School dengan gaji minimum itu, individu tersebut perlu mendapatkan sumber pendapatan tambahan dengan melakukan dua pekerjaan atau perniagaan sampingan.

Gaji Pekerja Malaysia Terlalu Rendah 1

Menurut Bank Negara pada 2018, gaji bagi kehidupan wajar seorang dewasa bujang di Kuala Lumpur adalah RM2,700 sebulan, RM4,500 sebulan bagi pasangan tanpa anak dan RM6,500 sebulan bagi pasangan dua anak.

Sebagai contoh secara purata, isi rumah di Selangor membelanjakan pendapatan perumahan, air, elektrik dan gas sebanyak 26%, 14.8% untuk makanan dan minuman bukan alkohol, 14,6% untuk restoran dan hotel, 13.7% untuk pengangkutan.

Sumber: FMT

Senarai filem terbaik arahan Quentin Tarantino.

Quentin Tarantino – Senarai Filem Arahan Terbaik Beliau

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI