
Gaji Memanglah Besar, Tapi Ini Sebenarnya Realiti Kehidupan Seorang ‘Content Creator’
Sejak kebelakangan ini, banyak timbul kisah kemewahan yang dinikmati oleh mereka yang menceburi kerjaya sebagai pencipta kandungan atau ‘content creator’.
Seorang ‘content creator’ TikTok ketika ini khabarnya dapat memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM15,000 sebulan!
BACA: Tak Perlu Sambung Belajar, Buat Konten TikTok Pun Boleh Kaya-Raya? Ini Nasihat Untuk Adik-Adik
Biar betul? Sambil lepak-lepak ‘chill’ buat video pun boleh ‘masyuk’ semudah itu?
Seorang usahawan dan YouTuber berpengalaman, Asraff Jeffery telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi menjelaskan perkara yang sebenar dan memperbetulkan tanggapan yang agak kurang tepat ini.
Mari kita baca dan nilai sendiri setakat manakah indahnya kehidupan seorang ‘content creator’ ini pada hakikatnya yang sebenar.
Gaji TikTokers RM15k? Best? Baca ini.
Semalam borak dengan kawan YouTuber. Dia bagitahu yang rumah tangga YouTuber A sedang retak. Kami doakan semua baik-baik belaka.
Kawan saya pun struggle cari views, lebih kurang saya. Kadang-kadang balik dari studio pada lewat malam. Kadang-kadang terpaksa drive kereta 5-6 jam, kemudian tidur di KL tidak jumpa anak bila ada job dari client.
Tapi kami bertuah sebab ahli keluarga memahami kerja kami.
Begitulah hakikat seorang Content Creator. Di kaca smartphone nampak gembira, senyum, energetic tapi di dunia sebenar, tiada orang tahu apa yang berlaku. Struggle is real. Nak hasilkan satu dua content yang hebat tidak susah. Tetapi nak hasilkan content yang hebat secara berterusan itu payah.
Bila sudah ada nama dalam masyarakat, Content Creator hidup mengikut expectation masyarakat untuk jaga views. Akhirnya, hal ini membunuh mereka.
Dulu saya pelik bila artis popular bunuh diri. Tapi lepas jadi Content Creator, jauh langit bumi antara saya dengan artis, saya faham perasaan mereka. Hidup sebagai Public Figure memang penat, lagi-lagi One-Man-Show. Dia test barang, dia rekod video, dia edit dan lain-lain. Cuma kita teruskan untuk semangkuk nasi.
There is no turning back.
Benar, bayaran yang boleh dapat dari jadi Content Creator adalah besar. Tetapi tekanannya juga besar. Bila tekanan tinggi, hasil kerja pun ke laut.
Bila Marvel announce siri Avengers mereka, semua penonton teruja. Tapi Animator dan Special Effect di sebalik filemnya menderita. Mereka terpaksa bekerja lebih untuk tepati waktu kerja yang ditetapkan. Hasilnya, Thor yang baru. Hampeh. Dr Strange yang baru, tidak se-real End Game. Semua macam kartun.
Saya akui semua kerja ada tekanan dia. Tapi sebagai seorang bekas Sales Engineer, Sales & Marketing Manager dan sekarang sebagai Content Creator, tekanan menjadi seorang Content Creator adalah tersangat kuat. Kalau tersalah buat, menangis ketika edit video.
Gaji Content Creator TikTok RM15k?
Best? Cubalah. Lepas setahun, anda baca balik apa yang saya post ini dan komen semula.
Sumber: Asraff Jeffery