Bijak Urus Kewangan

Gaji Kecil Tak Boleh Simpan? Ketahui Tip Dan Formula Bijak Urus Kewangan Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam keadaan negara berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, ramai daripada kita mengurut dahi memikirkan masalah yang sedang melanda persekitaran ekonomi sekarang, ditambah pula dengan gaji kecil. Apa tip nak menyimpan kalau gaji kecil?

BACA: Kumpul Duit Sejak Remaja, Bekas Jurutera Berjaya Buka Stesen Minyak Sendiri

Jujurnya, dalam keadaan yang tidak menentu sekarang, kita perlu keluar daripada kepompong ‘selesa’ berbelanka dan bersedia dengan segala kemungkinan – termasuklah dibuang kerja.

Sebagai langkah persediaan menghadapi keadaan yang tidak menentu ini, anda perlu ketahui tip dan formula bijak mengurus kewangan walaupun gaji anda kecil.

Teknik asas dalam menyimpan

Kena tahu, teknik asas untuk menyimpan ialah menyimpan terlebih dahulu barulah berbelanja dan bukannya berbelanja dahulu baru simpan.

Pecahan simpanan

Untuk memudahkan anda, berikut antara tips yang boleh anda buat untuk memecahkan gaji anda – perbelanjaan, simpanan, hutang dan sebagainya.

Yang penting walaupun gaji kecil, jangan lupa bahagian ibu bapa dan bersedekah. Biar sikit asal berkat.

Gaji Kecil Ketahui Tip Dan Formula Bijak Urus Kewangan Anda
Kredit: RazzaaqAjaq

Jika gaji anda lebih daripada nilai di atas, bolehlah lebihkan peratusan untuk simpanan. Untuk yang bujang, sementara belum berkahwin, adalah lebih baik jika mampu mencapai nilai simpanan 50% daripada jumlah gaji.

Namun, kena lihat semula pada komitmen bulanan anda. Yang penting konsisten.

ASB Financing-i

Seorang konsultan kewangan, Harith Faisal berkali-kali menekankan untuk menyimpan bermula daripada diri sendiri. Sekiranya gaji anda kecil, anda boleh kurangkan komitmen dan tambah pendapatan selain daripada menggunakan ASB Financing (ASBF) yang ‘memaksa’ anda menyimpan.

Kenapa ASBF adalah pelaburan wajib untuk anak muda?

1. Risiko sangat rendah
2. Pulangan tinggi
3. Simpanan paksaan
4. Simpanan ekspres
5. Sebagai tabung deposit rumah
6. Sebagai tabung kahwin
7. Sebagai rekod pertama CCRIS
8. Latihan komitmen bulanan
9. Sangat fleksibel
10. Kiraan mudah difahami

Sebagai contoh, anda mampu simpan RM1,010 sebulan. Jadi mohon ASBT maksimum dengan tempoh pembiayaan 35 tahun. Jadi setiap bulan bayaran ansuran sebanyak RM1,010 akan diserahkan kepada bank.

Contohnya kadar bank profit adalah 5% dan dividen purata ASB adalah 7%, ini adalah kiraan yang bakal anda dapat pada tahun ke-3:

Gaji Kecil Ketahui Tip Dan Formula Bijak Urus Kewangan Anda 1
Kiraan ASB simpanan biasa. Sumber: Harith Faisal
Gaji Kecil Ketahui Tip Dan Formula Bijak Urus Kewangan Anda 2
Kiraan ASBF. Sumber: Harith Faisal
Gaji Kecil Ketahui Tip Dan Formula Bijak Urus Kewangan Anda 3
Hasil simpanan ASBF. Sumber: Harith Faisal

Duit syiling/ warna duit

Teknik ini sesuai untuk anda yang tak suka menggunakan duit syling untuk melakukan pembayaran. Makanya kumpul semua duit syiling lebihan berbelanja tadi dalam satu tabung khas dan bila penuh bolehlah bawa ke bank untuk disimpan.

Gaji Kecil Ketahui Tip Dan Formula Bijak Urus Kewangan Anda 8
Sumber: Money Compass

Ada juga yang jenis menyimpan mengikut warna duit. Contohnya, duit tabung RM5. Sekiranya duit lebihan perbelanjaan tadi ada nilai RM5, maka not RM5 akan dimasukkan ke dalam tabung RM5 tersebut.

Ini adalah simpanan tambahan yang bijak!

Sampul surat

Teknik sampul surat ini agak popular dalam kalangan suri rumah. Perbelanajaan bulanan akan dibahagikan mengikut peruntukan. Konsepnya sama macam peratusan tadi. Setiap sampul akan diletakkan jumlah perbelanjaan dan sekiranya ada lebihan, ianya boleh memasuki sampul simpanan di bank pula.

Gaji Kecil Ketahui Tip Dan Formula Bijak Urus Kewangan Anda 6
Sumber: Norhafizah Abdullah

Catat semua maklumat – gaji/ perbelanjaan/ simpanan

Catat semua maklumat berkenaan kewangan anda, walaupun sekecil-kecil perkara. Ini membolehkan anda semak semula sama ada kesemua perbelanjaan adalah berpatutan atau pun tidak.

Gaji Kecil Ketahui Tip Dan Formula Bijak Urus Kewangan Anda 7
Sumber: Cikgu Halimi

Gaji – tarikh gaji masuk, nilai gaji
Perbelanjaan – termasuklah komitmen, hutang dan sebagainya, simpan resit dan catat jenis pembayaran untuk memudahkan
Simpanan – jenis simpanan, nilai

Dalam masa tiga bulan, anda akan dapat lihat graf maklumat ini dan pecahan dapat dilihat dengan jelas bagi memudahkan anda merancang untuk masa hadapan. Ya, tip ini sangat sesuai untuk yang gaji kecil juga.

Perbelanjaan tak melebihi pendapatan

Ini adalah tip paling penting – pastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan. Pastikan keperluan mendahului kemahuan kerana kemahuan boleh memudaratkan kedudukan kewangan anda untuk jangka masa panjang.

Antara yang boleh menjadikan perbelanjaan anda melebihi pendapatan adalah dengan menggunakan kad kredit. Seronok swipe tak ingat dunia, akhirnya menyesal di kemudian hari.

Perkara ini penting supaya aliran tunai anda positif: pendapatan > simpanan + perbelanjaan. Bila aliran tunai positif, maka ada sejumlah duit gaji yang dapat disimpan untuk membina dana rizab dan dan kecemasan. Lebihan yang ada juga boleh melakukan pelaburan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan diri.