Gaji Menteri Potong Tabung COVID-19

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 2 Bulan Untuk Tabung COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mesyuarat kabinet pada 25 Mac 202 telah membuat keputusan bahawa gaji 2 bulan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri akan dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19 bagi menampung perbelanjaan menangani wabak berbahaya ini.

Tabung itu dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak koronavirus itu. Ia membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, kerajaan menawarkan potongan cukai bagi sumbangan dan derma yang dibuat sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada Tabung COVID-19 dan Kementerian Kesihatan (KKM). Kementerian ingin mengiktiraf sumbangan yang dibuat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Gaji Menteri Potong Tabung COVID-19

Manakala bagi kerajaan negeri Pahang, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang bersetuju membuat potongan 10 peratus daripada gaji ahli-ahlinya selama tiga bulan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, potongan berkenaan akan dilakukan bermula April hingga Jun depan.

Keputusan itu diambil berikutan rasa bertanggungjawab dan tanda simpati ahli-ahli MMK terhadap rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan akibat COVID-19.

Setakat semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan sebanyak RM8,493,103.48.

Sumber: PMO