
Gaji Bulanan Menteri Sumber Manusia Jauh Lebih Tinggi Daripada Perdana Menteri
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi berada dalam senarai kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai individu dengan gaji bulanan tertinggi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemaskini senarai terkini pengisytiharan aset anggota pentadbiran PN.
Sebelum ini, Muhyiddin dengan gaji bulanan RM104,841.65 ‘dikalahkan’ Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia di Kementerian Sumber Manusia dengan jumlah pendapatan jauh lebih tinggi iaitu sebanyak RM143,628.55.

Gaji bulanan Muhyiddin didapati meningkat sebanyak RM11,000 daripada jumlah sebelum ini iaitu RM93,841.65. Pengisytiharan aset beliau didapati kekal sama antara RM10 juta hingga RM15 juta.
Manakala, Saravanan yang tidak mengisytiharkan hartanya pada 22 Julai lalu bersama lima lagi menteri lain telah melakukan pengisytiharkan harta dalam tempoh 23 Julai hingga 10 Ogos yang diberi.
Dalam senarai terbaru ini, selain Saranan dan Muhyiddin, lapan menteri lain yang tersenarai dalam senarai ’10 Menteri PN Dengan Pendapatan Paling Tinggi’ ialah Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri – Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (RM79,347.83), Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker – Timbalan Menteri Perpaduan (RM74,547.65), Datuk Dr Jeffrey – Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (RM72,662.89), Dato’ Dr Mohd Khairuddin – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (RM71,505.26), Dato’ Sri Mustapa – Menteri (Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri (RM69,427.20), Dato’ Seri Mohamed Azmin – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (RM69,186.48), Datuk Halimah – Menteri Perpaduan Negara (RM68,712.13) dan Dato’ Sri Dr Hj Ismail – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (RM68,347.65).
BACA: Lebih Baik Gaji Rendah Daripada Tiada Kerja – Menteri Sumber Manusia
Sebelum ini, Saravanan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘adalah lebih baik ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja’ sebagai respon kepada pengangguran yang banyak berlaku susulan daripada pandemik COVID-19.
Sumber: SPRM