Gajah Bunting

Gajah Bunting Maut Selepas Penduduk Beri Makan Nanas Berisi Mercun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seekor gajah bunting dilaporkan maut selepas buah nanas yang dimakan meletup di dalam mulutnya.

BACA: Ditembak 70 Kali Hingga Tembus Tengkorak, Pembunuh Gajah Kerdil Kini Diburu Polis

Hanya tinggal beberapa hari untuk melahirkan, nanas yang diberikan oleh penduduk tempatan yang berisi mercun telah menyebabkan kedua-duanya mati.

Menurut pegawai hutan, Mohan Krishnan, kejadian yang berlaku di satu perkampungan di utara Kerala, India itu menyebabkan lidah serta rahang ibu gajah tersebut cedera teruk sehingga menyebabkannya tidak dapat makan atau mengunyah seperti biasa.

Selepas daripada nanas tersebut meletup, menurut penduduk yang berada di tempat kejadian gajah berkenaan lari dalam keadaan mengerang kesakitan namun tidak merosakkan satu rumah di perkampungan tersebut meskipun haiwan berkenaan dipercayai daripada kelompok gajah liar.

Menurut Mohan lagi, bagi meredakan kesakitan yang dialami serta mengelakkan lalat mendekati lukanya, gajah tersebut masuk ke dalam sungai dan merendamkan belalai serta kawasan mulut yang tercedera.

Gajah Bunting Maut Selepas Diberi Penduduk Makan Nanas Berisi Mercun 2
Sumber: The News Minute

Walaupun dipujuk Mohan serta beberapa lagi pegawai hutan yang lain dengan membawa dua ekor lagi gajah lain, gajah bunting tersebut tetap enggan keluar dan berganjak, seakan-akan memang datang ke sungai tersebut untuk mati dan disahkan mati pada Rabu lalu.

Gajah Bunting Maut Selepas Diberi Penduduk Makan Nanas Berisi Mercun
Sumber: ANI News

Meskipun sudah seminggu kejadian ini berlaku, kejadian ini masih dalam siasatan dan tiada lagi tindakan diambil kepada individu yang menjadi punca kematiannya.

Daripada hasil temu bual bersama pegawai hutan, kejadian ini dipercayai telah berlaku sekitar 20 hari lalu, namun laporan secara rasm diterima hanya pada 25 Mei lalu.

Sebagai penghormatan terakhir, pegawai hutan telah membakar bangkai gajah bunting tersebut di cerun hutan dan melakukan tunduk hormat kepadanya.

BACA: Dibina Di Tengah ‘Pulau’, Ini Kisah Di Sebalik Seni Bina Memukau Masjid Pulau Gajah

Kejadian tidak berperikemanusiaan ini bukanlah yang pertama kali berlaku di India dan ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuklah warga internet.

https://twitter.com/Aksh6t/status/1268094990028115968

 

Penyeksaan terhadap gajah seakan perkara biasa di sana, sehinggakan satu hospital gajah didirikan bagi merawat gajah-gajah yang terluka.

Sumber: News18,