
Gagal Cubaan Bunuh Diri Adalah Jenayah Di Malaysia, Ketahui Sebabnya
Di Malaysia, jika seseorang individu itu gagal dalam cubaan bun*h diri, tahukah anda bahawa beliau akan berdepan dengan dakwaan kesalahan jenayah?
Walaupun jarang didakwa, ada undang-undang Malaysia yang menyatakan bahawa cubaan membun*h diri adalah jenayah.
BACA: Malaysian Mental Care Association Tegur Pengamal Media Jangan Sensasikan Kes B*nuh Diri
Kebiasaannya, pihak polis akan menandakan kes berkenaan sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ dan ianya tidak akan dibawa ke peringkat mahkamah bagi mengelakkan penambahan tekanan pada individu berkenaan.
Menurut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, cubaan membun*h diri atau melakukan apa-apa tindakan yang menghala ke arah berkenaan, pelakunya boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau pun keduanya sekali. Malah kesalahan ini juga dikesan di bawah Seksyen 305 dan 306 Kanun Keseksaan.
Menurut portal Ask Legal, Malaysia pada awalnya tidak memutuskan undang-undang berkenaan di tempat pertama kerana undang-undang yang diguna pakai adalah berdasarkan undang-undang Inggeris yang telah dilaksanakan semula ketika Malaysia masih menjadi koloni British (British crown colony).
Akan tetapi, undang-undang Malaysia bukanlah salinan terus daripada undang-undang British. Kod Pidana (The Penal) yang pada dasarnya merupakan daftar semua hukuman jenayah di Malaysia adalah berdasarkan Kanun Jenayah India.
Namun apabila India dijajah British, India ‘mengadaptasi’ sistem perundangan British dan apabila British datang ke Tanah Melayu (Malaysia), mereka berpendapat versi undang-undang di India berjalan baik dan menyesuaikannya dengan penambahan beberapa undang-undang dari Australia, koloni British yang lain.
Dalam erti kata lain yang lebih ringkas, British membentuk sistem undang-undang negara yang mereka jajah. Oleh kerana Malaysia mengikut Kanun Keseksaan India yang mengikut kod British, apa pun jenayah di sana turut disabitkan sebagai jenayah di Malaysia.
Kenapa British menganggap cubaan bun*h diri adalah jenayah?
Jawapannya adalah kerana agama Kristian dan gereja puritanik Inggeris lalu dipengaruhi oleh dua ahli teologi dan falsafah, iaitu Ausgutine Hippo (abad ke-4) dan Thomas Aquinas (abad ke-12) yang mempromosikan pandangan bahawa sesiapa yang dengan sengaja menghapuskan kehidupan yang diberikan kepada mereka menunjukkan mereka ini adalah individu yang benar-benar mengabaikan kehendak dan kewibawaan Tuhan, dalam erti kata lain melawan Tuhan.
Seiring dengan peredaran masa, pandangan terhadap cubaan bun*h diri ini juga semakin berubah. Daripada perbuatan yang berdosa, perbuatan ini dilihat sebagai jeritan bantuan daripada individu ini.
Pada tahun 1958, Persatuan Perubatan British dan Persatuan Majistret menggesa agar perbatan bun*h diri dipandang dengan perasaan belas kasihan, dan perkara ini dibentangkan pada tahun yang sama di Parlimen British yang mana ianya segera ditandatangani oleh 150 Ahli Parlimen.
Setahun kemudian, Gereja England turut serta dalam perubahan ini dan selepas tiga tahun ditubuhkan, Akta Bun*h Diri 1961 diperkenalkan di England dan Wales yang mana orang yang cuba membun*h diri tidak lagi akan dihukum.
Negara-negara lain seperti United Kingdom (UK) dan Singapura turut mengubah/meminda akta ini dalam memberi peluang untuk individu berkenaan untuk pemulihan.
Tidak terkecuali, Malaysia kini juga telah menurut serta dan dalam tempoh dua tahun lalu, kerajaan Malaysia telah berusaha keras membanteras kes jenayah ini dengam secara aktif mengkaji cara mengurangkan kadar bun*h diri di Malaysia.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), dari tahun 2014 hingga Jun 2019, sebanyak 356 kes bun*h diri telah dilaporkan di negara ini meliputi semua kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Ternyata, mereka yang terlibat memerlukan bantuan daripada pakar seperti pakar perubatan, psikologi, kaunselor dan ahli agama bagi membantu menghadapi masalah yang ada, dan bukannya dihukum dan dijadikan banduan.
Sumber: Ask Legal, BBC News, Sinar Harian