
Gagal Beraksi Dalam Olimpik, Atlet Transgender Angkat Berat Wanita Mahu Bersara
Atlet Transgender Angkat Berat Wanita Mahu Bersara.
Atlet angkat berat, Laurel Hubbard mendedahkan dia mahu bersara daripada sukan itu selepas tersingkir di Olimpik Tokyo 2020.
Laurel yang mewakili New Zealand mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet transgender pertama beraksi dalam acara individu di temasya sukan terbesar dunia itu.
Bagaimanapun, dia yang beraksi dalam kategori 87 kilogram (kg) wanita, gagal melakukan tiga angkatan pertamanya sekali gus terus tersingkir daripada perebutan pingat.
Di sebalik memberi impak besar dalam sukan itu, atlet berusia 43 tahun berkenaan mendedahkan sedang mempertimbangkan untuk bersara sehari selepas melakukan penampilan pertama di Olimpik.
“Jelas sekali faktor usia semakin menyukarkan saya. Sebenarnya untuk lebih jujur lagi, ia adalah penghalang utama saya sebelum ini.
“Pembabitan saya dalam sukan ini adalah lebih kepada kempen pengurangan menggunakan ubat berunsur dadah untuk mengurangkan kesakitan.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk saya memikirkan soal persaraan dan menumpukan kepada kehidupan lain,” katanya.
Laurel yang menukar jantinanya kepada wanita ketika berusia 35 tahun, menyertai angkat berat selepas mematuhi garis panduan testosteron yang ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Ketika pengumuman penglibatannya mewakili New Zealand dalam acara angkat berat wanita untuk Olimpik Tokyo 2020, ia mencetuskan perdebatan jantina serta semangat kesukanan.
Bagi penyokongnya, pemilihan Laurel yang berusia 43 tahun itu merupakan pencapaian selama berdekad lamanya untuk menerima atlet transgender dengan semangat Olimpik yang boleh menginspirasikan atlet transgender yang lainannya yang kurang diwakili dalam sukan di semua peringkat.
Namun bagi pesaing Laurel, menjadi wanita transgender – seorang wanita yang lahir sebagai lelaki memberinya kelebihan yang tidak adil secara fizikal’.
Ia bagaikan sebuah ‘jenaka buruk’ kerana ia tidak adil bagi wanita ‘cisgender’ yang mana identiti jantinanya sepadan dengan sewaktu dilahirkan.
Kemunculan transgender dalam Sukan Olimpik bermula pada tahun 2003 yang mana undang-undang IOC yang dikenali sebagai konsensus Stockholm telah membenarkan wanita dan lelaki transgender untuk bertanding di Olimpik dengan syarat:
1. Mereka sudah menjalankan perubahan pembedahan anatomi (termasuk menyingkirkan testis dan ovari),
2. Mendapatkan pengesahan undang-undang perubahan jantina
3. Menjalankan terapi hormon dalam jangka waktu yang mencukupi untuk mengurangkan keadaan kelebihan berkaitan jantina.
Bagaimanapun, IOC mengubah polisi yang ditetapkan kepada atlet transgender pada 2015, bersetuju untuk mengeluarkan keperluan pembedahan dalam garis panduan mereka.
BACA: Ini Yang Berlaku Apabila Golongan Transgender Menguasai Sukan Wanita
Sumber: Harian Metro, Toodia