
Gadis Tergamam Ditampar Rakan Serumah Gara-Gara Memasak 5 Pagi, Dakwa Kononnya Hidap ‘Anxiety’
Berkongsi tempat tinggal ada baik dan buruknya. Dalam masa sama, kita boleh mempelajari serba sedikit bagaimana perlunya hidup bermasyarakat.
Apabila duduk serumah dengan beberapa orang, pastinya kita akan berhadapan perangai masing-masing yang ada kalanya menguji kesabaran kita.
Ditampar rakan serumah kerana masak 5 pagi
Bagi kebanyakan orang, melakukan sebarang aktiviti pada pukul 5 pagi sudah dikira sebagai suatu kebiasaan asalkan tidak menganggu ketenteraman orang lain.
Tular di media sosial sebuah video seorang gadis sedang memasak di dapur seawal 5 pagi ditampar oleh rakan serumah kerana bengang waktu tidurnya terganggu.
Kejadian itu dikongsikan oleh mangsa di Facebooknya yang mana itulah pertama kali dia memasak pada awal pagi sebagai persiapan untuk mendaki bersama rakan-rakan.
Menurut Vestene Wong, tidak sampai 10 minit berada di dapur, rakan serumahnya itu meluru keluar dari bilik dan terus menamparnya kerana dikatakan telah mengganggu waktu tidurnya.
Difahamkan, mangsa tinggal bersama tiga penyewa lain iaitu dua penyewa lelaki di tingkat atas dan dia serta seorang lagi penyewa tinggal di tingkat bawah.
“Saya ada plan nak pergi mendaki bersama kawan. Jadi saya pergi ke dapur untuk menyediakan bekalan makanan pada jam 5 pagi. Kurang dari 10 minit berada di dapur, dia (rakan serumah) datang ke dapur terus menampar muka saya kerana bunyi bising di dapur telah menyebabkan dia terjaga dari tidur.
“Dalam nada yang marah, dia menjerit dan melemparkan kata-kata kesat. Selain itu dia turut menyindir saya mengapa tidak bawa dapur memasak itu ke ruang tamu.
“Saya terkejut, setahu saya dapur itu adalah ruang yang bebas digunakan oleh mana-mana penyewa. Lagipun itu kali pertama saya menggunakan dapur di awal pagi. Saya juga bertanya kepada pemilik rumah yang mengesahkan, tiada larangan menggunakan ruang dapur,” katanya.
Mangsa buat laporan polis
Gadis itu difahamkan telah membuat laporan polis dan rakan serumahnya membawa ubat-ubatan mendakwa dirinya menghidap penyakit anxiety. Walau bagaimanapun, apabila diminta menunjukkan surat pengesahan penyakit itu, dia gagal berbuat demikian dengan alasan anxiety yang dihidapinya itu tidak begitu serius.
Rakan serumahnya itu akhirnya meminta maaf selepas dinasihati pihak polis, namun tidak ikhlas.
“Saya bersedia untuk memohon maaf tetapi itu hal lain. Ya saya salah, tetapi dia juga tidak bertimbang rasa,” katanya.
Difahamkan, Vestene masih tinggal di rumah sewa terbabit bagi menghabiskan tempoh sewaannya pada bulan ini.
“Saya masih takut, saya harap dia tidak akan menyakiti saya,” katanya.
Sumber: Vestene Wong