
Gadis Mohon Maaf Dan Mengaku Sebar Fitnah Ayam Goreng McD Berulat
Gadis Mohon Maaf Dan Mengaku Sebar Fitnah Ayam Goreng McD Berulat.
Beberapa hari lalu, tular mengenai hidangan ayam goreng daripada restoran makanan segera popular di sini, McDonalds yang telah dicemari ulat.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan sejurus selepas itu pihak McD memberi respon balas meminta individu terbabit untuk direct message pihak mereka bagi mendapatkan butiran kejadian.
Ciapan itu juga turut tular di laman media sosial lain dan sedikit sebanyak telah mencemarkan imej pihak syarikat berkenaan apabila ramai yang memberi reaksi berasa loya dan berjaga-jaga untuk membeli di restoran itu.
Bagaimanapun, gadis yang memuat naik gambar ayam goreng McD berulat itu mengeluarkan kenyataan terbuka di atas dakwaan itu yang jelas sekali mendatangkan kesan negatif, semalam.

Katanya, dakwaan yang dibuat tempoh hari adalah tidak tepat dan memohon maaf kepada pihak McDonalds Malaysia kerana membuat dakwaan palsu dan bersifat memfitnah.
Dia turut menyatakan bahawa ayam goreng yang ditularkan itu sebenarnya sudah beberapa hari dibeli dan dibiarkan dalam suhu persekitaran.
“Saya mengesahkan bahawa kenyataan saya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa oleh saya. Pada hakikatnya, Ayam Goreng McD yang saya paparkan dalam siaran Twitter saya tersebut telah dibeli dan disimpan di rumah saya beberapa hari sebelum itu. Oleh itu, ianya telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar.”
Ekoran itu, ramai netizen yang mengecam tindakan gadis tersebut kerana telah memberi kesan negatif kepada pihak syarikat dan ada juga yang memandang perkara ini sebagai satu bentuk pengajaran.
Sumber: Twitter
Trending now



