
Gadis Jolobu vs ZHAFVLOG: Peguam Kongsi Pandangan Mengenai Kes Saman
Menurut laporan Berita Harian, kes saman yang melibatkan syarikat produksi filem Gadis Jolobu dan YouTuber terkenal ZHAFLOG kini berada di peringkat awal proses mahkamah.
Penerbit filem Gadis Jolobu yang ditemui ketika itu turut berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh ZHAFLOG melalui akaun media sosialnya jelas memfitnah kandungan filem Gadis Jolobu yang dikaitkan dengan unsur lucah dan memburukkan adat serta budaya Minangkabau.
Sementara itu, peguam terkemuka Mahmud Jumaat dari EMCO – Emir Mahmud & Co. telah membuat satu perkongsian bagi menyatakan pandangannya mengenai kes saman ini di laman Facebooknya berikut:
PENERBIT GADIS JOLOBU SAMAN ZHAFVLOG:
MOVIE BANGANG! INFINITY SHIT! BINGAI! – NI KIRA DEFAMATION KER?
Seorang pengulas filem dan YouTuber ZhafVlog telah diugut untuk disaman oleh penerbit filem Gadis Jolobu lontaran kritikan pedas beliau yang menilai filem Gadis Jolobu tersebut sebagai “infinity shit”, “movie bangang”, dan “bingai”.
ZhafVlog turut menasihatkan supaya pengarah filem tersebut untuk berhenti daripada mengarahkan filem kerana dirasakan membazir duit sponsor.
Menerusi BH Online, penerbit tersebut tidak boleh menerima kritikan tersebut dan mempersoalkan kelayakan YouTuber tersebut dalam mengkritik filem.
Persoalannya, adakah kata-kata penghinaan atau kesat seperti “infinity shit”, “movie bangang”, dan “bingai” seperti di atas dan seangkatan dengannya dikira sebagai perbuatan fitnah? Ye lah, mungkin kita sudah terbiasa bergurau dengan menggunakan kata-kata seumpama itu.
Berdasarkan dapatan saya pengataan fitnah ini agak sukar untuk ditentukan memandangkan ianya adalah subjektif dan bergantung dengan keadaan ianya dilontarkan. Tidak semua boleh menerima kata-kata penghinaan dan ada yang boleh terima.
OLEH ITU, jika kita mahu membuktikkan kenyataan seseorang itu atau perkataan kesat itu ialah fitnah, banyak aspek yang kita perlu lihat. Antaranya, konteks dan keadaan di mana perkataan itu diterbitkan adalah penting.
Merujuk kepada kes Segar Ashok v Koh Fonn Lyn Veronica and another Suit [2010] SGHC 168, perkataan penghinaan atau cemuhan seperti “mata duitan”, “perempuan sundal” and “bodoh” adalah tidak dikira sebagai tuduhan fitnah.
Merujuk kepada kes ini, komen saya adalah seperti berikut:
(i) Komen tersebut boleh dikira sebagai komen berpatutan memandangkan ianya hanya merujuk kepada kualiti filem Gadis Jolobu sahaja;
(ii) Komen tersebut tidak merujuk kepada penerbit filem tersebut sebaliknya hanya merujuk kepada pengarah filem tersebut sahaja;
(iii) Oleh itu, peneribit tersebut tiada kene mengena serta tidak terkesan dengan komen yang dilontarkan ke atas kualiti filem tersebut;
(iv) Kenyataan kesat atau menghina bukanlah fitnah tetapi hanya memalukan. Ianya haruslah kenyataan fitnah bermaksud kenyataan tersebut adalah tidak benar. Unless korang tuduh dia scammer ker, penipu ker, mat ganja ker. Then ianya boleh dikira sebagai fitnah sekiranya dapat dibuktikan sebaliknya; dan
(v) Komen yang dibuat tersebut tidak mengecam secara peribadi mana-mana pihak tetapi hanya mengulas berkenaan kualiti filem tersebut dan plot cerita sahaja.
Ambil contoh legend kita Dato Hattan, ZhafVlog komen, dia cool jer. Dia just cakap kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Kalau komen bagus, saya terima sebagai pengajaran.
Kesimpulannya, tidak semua kata-kata penghinaan atau cemuhan itu dikira sebagai fitnah. Saya menggalakkan dan menyokong usaha ZhafVlog untuk mengulas filem dengan jujur agar dapat menyelamatkan ramai mangsa daripada buang masa dan duit sebelum menonton filem di pawagam.
Kalau anda mengalami situasi yang sama seperti ZhafVlog, bakal disaman atau telah disaman anda boleh refer pada tuntut.my. Sebuah platform yang diadakan untuk membantu anda dari segi masalah undang-undang.
Semoga bermanfaat.
BACA: ‘Review’ Paling Jujur Mat Kilau: Hanya Layak Dapat 5.5/10?
Sumber: Mahmud Jumaat, Berita Harian