
Gadis Ini Kongsi Tips Beli Seat Untuk Konsert Coldplay
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengulang siar ciapan kumpulan muzik British, Coldplay yang akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 22 November 2023 dengan mengucapkan, “Selamat datang ke Kuala Lumpur!”
Sehubungan dengan pengumuman daripada kumpulan tersebut, warganet sangat teruja dengan kehadiran mereka dan rata-rata dilihat amat berminat untuk mendapatkan tiket konsert Coldplay.
Artikel berkaitan:
- Anwar Ibrahim Sambut Coldplay Dalam Jelajah The Music Of The Spheres World Tour
-
Tan Sri Michelle Yeoh Kebanggaan Negara – Tak Kisah Pun ‘Speaking’ Bunyi ‘Manglish’
-
Kisah Inspirasi Watak Mr. Bean Yang Tercetus Dari Halangan Sukar Rowan Atkinson
Harga Tiket Konsert Coldplay: Music Of The Spheres Would Tour
Harga rasmi bagi tiket konsert Coldplay ini telah dikeluarkan oleh pihak penganjur, GoLive Asia.
Coldplayer! The wait is finally over! Here is the official seat map and ticket price for Coldplay: Music Of The Spheres World Tour – delivered by DHL 🪐
📆 Date: 22 November 2023
📍 Venue: National Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pic.twitter.com/SNhFJ4rLhh— GoLive Asia (@GoLiveAsia) May 11, 2023
Seperti mana yang anda lihat, terdapat beberapa tier harga yang dipaparkan menurut tempat duduk yang disediakan.
Tips Beli Seat Untuk Konsert Coldplay
Menurut seorang pengguna Twitter, Asmida yang pernah ke konsert Blackpink sebelum ini, beliau telah berkongsi rujukan tempat duduk yang bersesuaian untuk dipilih semasa menonton konsert tersebut.
Just in case yang nak beli tiket for coldplay. Here some references.
Stadium Bukit Jalil#BORNPINKINKL
Section 332
Row LBefore zoom. After zoom (ip11) pic.twitter.com/Xh1Hyoz47Y
— asmida | Kayman Zarzou Tatagaltier (@asmidadrs) May 10, 2023
Sekiranya susun atur tempat duduk sama seperti konsert Blackpink, beliau mencadangkan untuk memilih tempat duduk seperti di dalam gambar.
Namun, elakkan memilih barisan yang terlalu kebelakang kerana terdapat palang (CAT3) seperti mana yang berlaku dalam konsert Blackpink.
Beliau juga mencadangkan untuk membawa teleskop sekiranya memilih tempat duduk yang jauh kebelakang.
Seated jauh? Jangan risau, telescope ado https://t.co/2zxxR8CD5h
— asmida | Kayman Zarzou Tatagaltier (@asmidadrs) May 10, 2023
Anda sudah sedia dengan kehadiran Coldplay ke Malaysia?
Trending now



