Gabenor Sifatkan Letupan Di Beirut Seperti Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki

Letupan Beirut Hiroshima

Dunia digemparkan dengan dua letupan kuat yang menggegarkan Beirut, Lubnan pada Selasa sehingga mengakibatkan berpuluh individu terbunuh manakala lebih 4,000 cedera, setakat ini.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh Gabenor Beirut, Marwan Abboud ketika melihat bandar tersebut hancur musnah disebabkan letupan dahsyat tersebut yang berlaku di sebuah pelabuhan berdekatan ibu kota Lubnan itu.

Turut dilaporkan, Gabenor Beirut menyatakan letupan tersebut seakan dahsyat dengan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.

Letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu, impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.

Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer yang turut dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Letupan besar sehingga menunjukkan pembentukan awan cendawan turut mengingatkan masyarakat dunia terhadap peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang berlaku pada 6 dan 9 Ogos 1945 iaitu 75 tahun selepas serangan nuklear itu oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Jepun ketika penghujung Perang Dunia Kedua.

Setakat ini, punca sebenar letupan masih belum diketahui. Tetapi Presiden Trump mengeluarkan kenyataan bahawa itu adalah ‘serangan’ yang mengerikan.

Pihak berkuasa di sana mendakwa letupan dahsyat itu mungkin disebabkan oleh 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disita dan disimpan di gudang selama bertahun-tahun.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk di situ.

Beliau turut mengirim rayuan mendesak semua negara yang bersaudara dan mengasihi Lubnan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang kini turut tersepit dalam krisis ekonomi.

Letupan Beirut Hiroshima

Letupan Beirut Hiroshima

Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk manakala Amerika Syarikat turut menawarkan penghantaran bantuan.

Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat letupan.

Sumber: BH