Kompaun

Francais Terkemuka Jual Roti Burger Berkulat, Ayam Goreng Mentah Dikenakan Kompaun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu serbuan ke atas sebuah premis francais restoran makanan segera terkemuka telah dibuat oleh enam penguat kuasa Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.

Serbuan dibuat susulan dakwaan seorang wanita yang tular di media sosial mengenai roti burger berkulat yang diterimanya di restoran makanan segera yang terletak di daerah tersebut beberapa hari yang lalu.

Ayam goreng yang dibeli oleh wanita itu juga didakwa tidak masak sepenuhnya dan berbau seakan-akan stok lama.

Ketika serbuan dilakukan, kompaun sebanyak RM1,000 turut dikenakan di bawah Akta 35 (1) (B) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 berikutan kegagalan restoran itu memastikan kebersihan premis.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan penguat kuasa mendapati bekas meletak sos di premis itu turut tidak diselenggara dengan baik.

Selain itu juga, pemeriksaan mendapati kebersihan tandas dan dapur juga berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Wartawan Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan dari KOSMO! ONLINE juga melaporkan, sistem perangkap minyak di premis berkenaan didapati tidak diselenggara dengan betul manakala longkang di belakang premis itu juga kotor.

Oleh yang demikian, pengurusan restoran makanan segera berkenaan telah diarahkan untuk meningkatkan kebersihan dalam tempoh 14 hari selaras dengan Seksyen 10 Akta Makanan 1983.

Kompaun

BACA: Gerai Roti Canai Tular Kini Dibenarkan Semula Beroperasi Setelah Diarahkan Tutup

Sumber: KOSMO! ONLINE