Foto Gorila Mati Dalam Pelukan Penjaga Sentuh Hati Netizen 3

Foto Gorila Mati Dalam Pelukan Penjaganya Sejak Lebih 1 Dekad Sentuh Hati Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Foto gorila mati dalam pelukan penjaganya sejak lebih satu dekad sentuh hati netizen.

Seekor gorila, Ndakasi, 14 tahun yang pernah tular pada tahun 2019 selepas gambar swafotonya bersama seorang ranjer bersempena Hari Bumi dilaporkan meninggal dunia bulan lalu di Taman Negara Virunga, Republik Demokratik Congo.

Foto Gorila Mati Dalam Pelukan Penjaga Sentuh Hati Netizen 1
Sumber: Metro UK

Gorila yang mati dalam pelukan pengasuhnya, Andre Bauma selepas menghidap sakit berpanjangan juga merupakan status yatim piatu.

Pada tahun 2007 ketika berusia dua bulan, Ndakasi diselamatkan oleh beberapa renjer hutan yang terlihat beliu bergayut pada mayat ibunya yang dipercayai ditembak anggota militia bersenjata.

Ndakasi kemudiannya dijaga di Pusat Senkwekwe di taman negara berkenaan bersama seekor lagi gorila iaitu Ndeze.

Dijaga Bauma lebih dari satu dekad; sejak pertama kali dia dibawa ke pusat berkenaan, Bauma akan memeluk Ndakasi erat ke dadanya sepanjang malam untuk memberinya keselesaan dan kehangatan.

Foto Gorila Mati Dalam Pelukan Penjaga Sentuh Hati Netizen 2
Sumber: Brent Stirton

Walaupun Ndakasi sudah selamat, namun ia dianggap terlampau ‘lemah’ untuk dihantar kembali ke kehidupan liar. Dan pada ketika itulah Ndakasi dibawa untuk tinggal bersama dengan Ndeze.

Bauma dalam satu kenyataan memberitahu, Ndakasi mengajarnya untuk lebih memahami hubungan antara manusia dan gorila dan kenapa kita (manusia) perlu segalanya untuk melindungi mereka.

“Saya bangga memanggilnya (Ndakasi) kawan saya.  Saya sayangkannya macam kanak-kanak.

Personalitinya yang ceria buatkan saya tersenyum setiap kali saya berinteraksi dengannya.”

Untuk pengetahuan anda, Ndakasi pernah muncul dalam dokumentari Virunga yang menceritakan mengenai individu yang sanggup merisikokan nyawa mereka demi menyelamatkan gorila hutan yang termasuk dalam golongan haiwan hampir pupus.

Virunga merupakan taman terakhir yang cuba untuk menyelamatkan spesis ini tetapi terpaksa bergantung kepada dana pengunjung dan pelancong.

Terdahulu, disebabkan krisis kewangan, haiwan di zoo Jerman mungkin bakal jadi korban makanan haiwan lain.

Wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia bukan sahaja memberikan kesan kepada kehidupan manusia tetapi juga kehidupan haiwan.

Hadapi krisis kewangan, sebuah zoo di utara Jerman tidak menolak sekiranya haiwan di zoo itu terpaksa dikorbankan untuk dijadikan makanan haiwan lain.

Baca lanjut di: Hadapi Krisis Kewangan, Haiwan Di Zoo Jerman Mungkin Dikorbankan Jadi Makanan Haiwan Lain