Sifu Bisnes

Formula Diajar Oleh ‘Sifu Bisnes’ Yang ‘Tak Boleh Pakai’ Tapi Masih Kerap Diamalkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terdapat banyak faktor yang menentukan kejayaan sesuatu bisnes bagi menjana jualan ‘juta-juta’ seperti yang diinginkan oleh setiap usahawan.

Malangnya, masih ramai lagi usahawan yang menganggap adanya jalan mudah atau ‘short cut’ bagi mencapai impian ini dengan hanya menumpukan kepada ‘marketing power’ semata-mata seperti yang diajarkan oleh ramai ‘sifu bisnes’ dalam seminar mereka sejak dari dulu.

Inilah yang cuba disampaikan oleh Pengarah Urusan D’Aura Group Sdn Bhd, Wan Nong Muzafar di laman Facebooknya berikut yang menyentuh mengenai tanggapan yang salah dan harus diperbetulkan dalam dunia bisnes yang sangat mencabar pada hari ini.

Sifu Bisnes

Dear brothers & sisters

KENAPA SAYA TAK MENGAJAR BISNES & TAK BUAT BISNES CONSULTING LAGI

Sudah lebih dari 3-4 tahun saya dah meninggalkan dunia tersebut. Fokus saya lebih kepada menguruskan bisnes D’Aura Group bersama rakan kongsi saya.

Kalau dulu memang saya cuba luangkan masa juga untuk mengajar dan mengambil clients untuk business development consultation. Memang rasa enjoy bantu usahawan kita untuk berjaya. Tapi sekarang dah tak larat melayan biarpun income tambahan agak bagus.

Di sini saya akan kongsikan kenapa saya dah tak melayan sangat dunia ni lagi. Semoga dengan perkongsian ini ianya akan dapat secara tak langsung membantu anda membina bisnes-bisnes anda untuk lebih berjaya.

Banyak kali saya dilemparkan dengan soalan “Macamana saya nak jana sales juta-juta?” Itulah soalan paling favourite yang saya dapat dari usahawan atau “Bisnes saya sales low camne nak kasi sales naik?”

Sebenarnya kalau ada sesiapa mampu beri satu jawapan pada soalan itu maknanya memang dia acah-acah buat pandai atau memang dia belum berpengalaman dalam dunia perniagaan.

Realitinya soalan sebegitu sangat cliché kerana ianya sangat am dan tiada point-point dan info-info yang spesifik untuk dikaji maka macamana nak beri jawapan yang konkrit.

Cara bertanya pun nampak sangat macam nak cari short cut solution tanpa berpikiran kritikal terlebih dahulu kerana dalam berniaga ada pelbagai faktor yang perlu diambilkira yang mempengaruhi prestasi bisnes anda.

Lepas saya dah ajar atau buat consultation, usahawan-usahawan tersebut last-last dia orang tetap nak short cut jer pasal tak sabar-sabar nak jadi jutawan kononnya.

Kalau nak betul-betul bangunkan bisnes anda buatlah dulu homework dan analisa setiap bahagian bisnes anda terlebih dahulu. Fahamkan apa yang okey dan apa yang tak okey dalam bisnes anda.

Mungkin isunya melibatkan:

1) Produk atau servis yang dijual tidak menepati kehendak pasaran

2) Pengurusan modal dan inventori tak kemas

3) Pengurusan dan pemantauan tenaga kerja tidak sistematik

4) Pengiraan kos dan penetapan struktur komisen dan harga tidak realistik untuk sustain bisnes

5) Aliran proses kerja itu sendiri celaru

6) Pengurusan hasil pendapatan jualan tidak berdisplin/profesional

7) Strategi dan pemantauan untuk capai KPI bulanan yang ditetapkan tidak ditekankan

Sebenarnya ada 1001 isu boleh memberi kesan negatif pada jualan anda…. Tetapi yang ditekankan tak abis-abis isu MARKETING, MARKETING, MARKETING…. dan BRANDING FOUNDER POWER (Semua nak jadi selebriti).

Dari dulu sampai sekarang pusing cerita tu jugak…. Nak pulak muka sifu-sifu bisnes yang sama jugak dari dulu sampai sekarang dok goreng ilmu bisnes yang sama iaitu “Marketing power akan selesaikan masalah bisnes anda” padahal mereka tak mengambilkira skala bisnes anda dari segi kewangan, kaedah bagaimana bisnes anda beroperasi mahupun pengalaman bisnes anda. Yang paling sedih apa yang konon-kononnya ilmu diajar tak kena mengena dengan ilmu yang dijanjikan.

Sifu-sifu ni asyik-asyik mengajar berlandaskan formula:

Motivasi + Agama + Kisah Jatuh Bangun + Testimoni Peserta + Psiko Minda Peserta Untuk Rasa Serba Kekurangan + Janjikan Bulan Bintang + Sikit Jer Bab Topik Bisnes (Fokus kat Marketing Aje)

….. Pastu bila dah abis ajar kena level up pasal ilmu tak abis lagi untuk dipelajari

….. So over commit duit kepada kelas-kelas bisnes yang harga tak masuk akal demi nak cari short cut solution lepas tu tak cukup duit nak sustain bisnes.

Dari pengalaman saya, ada juga jumpa saya setelah pergi seminar pelbagai tapi result bisnes masih stuck dan duit habis. Pasal ikut ajer apa sifu cakap… Belanja kat marketing menggila-gila tapi masalah sebenar bisnes tersebut ialah produk yang dijual tidak sesuai kepada sasaran pasaran yang ditujukan. Dengan duit rizab bisnes nyawa-nyawa ikan masih contact saya tanya fee saya berapa untuk selesaikan masalah dia orang… Tak sampai hati pulak nak caj so minta dia orang belanja teh o ais jer laa.

Cukup-cukuplah berpikiran sedemikian, bisnes adalah suatu proses yang akan mengambil masa untuk dibina. Kena ambil masa untuk fahamkan bukan sahaja bisnes yang sedang anda bina dan uruskan tetapi anda perlu juga faham semua isu pada pasaran tersebut.

Realitinya ilmu bisnes ni berlambak-lambak kat Internet hanya anda perlu Google kan ajer segala topik yang berkaitan dengan pasaran bisnes anda di samping belajar bab membina bisnes anda secara betul. Jika ada free time, bergaullah dengan bisnes owner yang proven yang dah lama dalam pasaran tersebut untuk memahami bagaimana mereka bina bisnes dia orang untuk bertahan dan seterusnya berkembang.

Akhir kata, semua ilmu yang diinginkan memang dah percuma di luar sana tetapi ramai masih mementingkan pada hype di sosial media untuk mencari ilmu biarpun ianya membakar wang anda. Belajar cara betul memang laaa boring tanpa hype tapi kalau niat betul,  insya-Allah ilmu tu akan mudah difahami.

Maka janganlah terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga rasional akal dibelakangkan.

Wasalam

WNM

BACA: Elak Dari Jadi Mangsa Scam ‘Sifu Hartanah’, Ketahui Cara Mereka Beroperasi

Sumber: Wan Nong Muzafar