Footbraille

‘Footbraille’ Inisiatif Digi Bantu Golongan OKU Penglihatan Nikmati Sukan Bola Sepak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika ditanya mengenai apa yang boleh menyatukan kesemua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, pasti jawapannya ialah aktiviti sukan, terutamanya sukan bola sepak.

Sempena bulan kemerdekaan yang ke-62, Digi Telecommunications Sdn Bhd telah memperkenalkan solusi baharu yang membolehkan golongan OKU penglihatan menikmati pengalaman sukan bola sepak dari hujung jari.

Footbraille 2

Menggabungkan aspek teknologi dan internet, prototaip yang diberikan nama ‘Footbraille’ ini diperkenalkan menerusi video hari kemerdekaan Digi pada tahun ini. Dengan adanya ‘Footbraille’, golongan OKU penglihatan turut boleh merasai keterujaan sukan bola sepak sama seperti individu normal yang lain.

Footbraille 1

Mahu memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memanfaatkan kuasa internet dan teknologi, Digi merasa bangga dan terharu kerana mampu menerbitkan senyuman di wajah ahli pasukan bola sepak cacat penglihatan yang pertama kalinya dapat merasakan perlawanan bola sepak.

‘Footbraille’ merupakan meja sesentuh yang dihubungkan tanpa wayar dengan sebuah peranti menerusi perisian khas yang boleh menjejak perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung.

Footbraille

Dengan suara ulasan yang mengulas perlawanan, pasti ini membolehkan pengguna untuk benar-benar mendalami acara sukan bola sepak yang berlangsung dan Digi sedang berusaha untuk menguji protatip ini pada satu perlawanan yang besar.

Diinspirasikan daripada pemain Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia (BFAM), Digi memberitahu prototaip ini akan sentiasa ditambah baik. Tidak terhad kepada pengalaman merasai perlawanan sukan bola sepak, prototaip ini juga boleh digunakan untuk sukan-sukan lain seperti hoki.

Lihat tutorial di bawah mengenai cara prototaip ini digunakan.

 

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1Pv2V7F9dl/